Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-12 13:03:33    
Pengenalan Tentang Wu Meirong, Ahli Sains wanita China yang Bekerja dalam Bidang Penerbangan Angkasa Lepas

CRI
Pada 20 tahun kebelakangan ini, seiring dengan dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China, perkembangan dalam bidang sains dan teknologi tinggi dipercepat. Contohnya ialah penggunaan dengan meluas satelit sumber. Sehubungan dengan itu, wartawan CRI telah mengadakan temu bual dengan bekas pengarah yang juga ketua jurutera Pusat Satelit Sumber China—Puan Wu Meirong.

Puan Wu Meirong dilahirkan pada tahun 1936. Beliau merupakan ahli sains wanita yang dilatih semasa era China baru dan juga merupakan pakar pengukuran dan kawalan automatik komputer kegunaan awam, satelit dan peluru berpandu. Beliau bekerja dalam bidang kejuruteraan penerbangan angkasa lepas China pada tahun 1960 dan pernah menyertai penyelidikan dan penerokaan semua projek dalam bidang itu. Dalam tempoh lebih 40 tahun yang lalu, beliau telah memberi sumbangan penting dalam bidang sistem kawalan peluru berpandu strategik China, sistem pengukuran dan kawalan automatik komputer kegunaan awam, satelit dan peluru berpandu, sistem projek elektronik Sukan Asia ke-11 iaitukomputer, telekomunikasi, radio dan TV dan sistem pengurusan data satelit sumber.

Menurut Puan Wu Meirong, kerjanya berkaitan dengan roket dan satelit. Katanya,"Semasa saya menjalankan penyelidikan roket, saya pernah banyak kali menyandang jawatan Naib Ketua yang bertanggungjawab terhadap ujian teknikal roket dan juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan untuk memperpanjang masa perkhidmatan roket dan memperpendek masa pelancaran roket. Dengan usaha kami, masa perkhidmatan roket diperpanjang 3 kali ganda daripada masa dahulu, manakala masa pelancaran roket dalam ujian diperpendek 2/3.

Pusat Kegunaan Satelit Sumber China telah ditubuhkan pada bulan Okt. Tahun 1991 untuk mendorong perkembangan satelit sumber China, memperluas lingkungan kegunaan satelit, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan modenisasi sosialis China, dan juga menyokong perkembangan China dalam bidang kajian tanah, sumber bahan galian, pertanian, perhutanan, pengairan dan perlindungan alam sekitar Bandar. Pada 14 Okt. 1999, China dan Brazil berjaya melancarkan sebuah satelit sumber bumi yang dikaji bersama oleh China dan Brazil. Satelit ini berada 778 kilometer dari orbit bumi untuk mengumpulkan pelbagai maklumat, kemudian maklumat tersebut diuruskan dan dikeluarkan oleh Pusat Kegunaan Satelit. Puan Wu Meirong menyatakan, "Data-data yang dikumpulkan oleh Satelit Sumber China utamanya digunakan dalam bidang penyelidikan sawah lading di bahagian barat China, penyelidikan sumber hutan, penyelidikan dan pemantauan sumber air, penyelidikan tentang kawasan bermula ribut pasir dan persekitaran, pemantauan alam sekitar Bandar, penmyelidikan keadaan tanaman rumput dan pokok di Bandar, tanah runtuh dan banjir Lumpur dan batu".

Kesemuanya ini telah menyediakan maklumat benar bagi Dewan Negara, provinsi dan Bandar berkaitan membuat ketetapan, dasar dan tindakan yang berkesan. Puan Wu Meirong telah memberi sumbangan yang penting dalam bidang ini, Beliau berkata,"Dalam beberapa puluh tahun lalu, untuk bekerja dengan baik dalam bidang penerbangan angkasa lepas, saya jarang berpeluang bercuti. Khususnya semasa mengadakan kajian terhadap sistem kegunaan satelit sumber, saya bukan sahaja menyandang jawatan pengarah pentadbiran, tetapi juga menyandang jawatan pengurus dan ketua artitek. Saya harus menceburkan diri dalam kerja tersebut, sambil belajar sambil bekerja."

----AZMI