Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-12 13:06:19    
Hong Yufang dan Impian Tembok Besar Chinanya

CRI
Tembok Besar China memanjang dari timur ke barat dan melalui kawasan pergunungan di bahagian barat laut dan bahagian utara Beijing. Berdasarkan kenyataan angkasawan, ia boleh dilihat dari bulan. Tembok Besar China adalah salah keajaiban dalam sejarah binaan manusia. Terdapat satu peribahasa di China bahawa orang yang tidak sampai di Tembok Besar China bukan pahlawan yang sebenar.

Destinasi pelancongan Tembok Besar Gunung Badaling selalu dibanjiri oleh pelancong. Mereka berusaha supaya mendaki hingga sampai di Menara Asap yang terletak di puncak yang paling tinggi. Pada suatu hari tidak beberapa lama yang lalu, antara pelancong yang mendaki Tembok Besar, terdapat seorang wanita yang cacat dipikul oleh beberapa pemuda untuk mendaki Tembok Besar. Orang itu ialah Puan Hong Yufang, Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Ekskutif Persatuan Orang Cacat Bandar Anshan, Provinsi Liaoning China yang juga anggota Persatuan Penulis Bandar Anshan. Kali ini beliau mengunjungi Tembok Besar, tujuannya adalah untuk mewujudkan impiannya selama ini. Puan Hong Yufang berkata kepada wartawan CRI,"Saya berumur 42 tahun, dan berharap dapat mewujudkan impian saya ke Tembok Besar China. Saya selalu datang ke Beijing dan bekerja di pelbagai tempat seperti Persatuan Orang Cacat China dan CCTV, tetapi tidak ada peluang mendaki Tembok Besar. Kali ini, saya datang ke Beijing untuk belajar, dan pihak sekolah setelah mengetahui hasrat saya, mengatur beberapa teman sekerja untuk membantu saya mewujudkan impinan ini. Saya berasa ia bukan sahaja penghargaan terhadap saya sebagai seorang cacat, tetapi juga penghargaan dan sokongan kepada semua golongan orang cacat, saya rasa terharu."

Puan Hong Yufang berkata, beliau lumpuh dan 2/3 badan saya sudah tidak berfungsi. Selama 42 tahun ini, beliau mengatasi pelbagai kesulitan yang sukar dibayangkan oleh orang biasa, menyelesaikan pelajaran di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Beliau berminat dalam bidang kesusasteraan, dan lulus ujian memasuki institut di Bandar Anshan untuk belajar jurusan kesusasteraan. Karya kesusasteraan yang ditulis oleh Puan Hong Yufang berjumlah lebih 100 buah, termasuk cerpen, sajak, prosa, bahkan drama. Sejumlah karya yang dihasilkannya pernah memperolehi anugerah peringkat negara, provinsi dan Bandar, dan beliau diterima menjadi anggota Persatuan Penulis Bandar Anshan. Ketika membicarakan proses perjuangannya, Puan Hong Yufang berkata,"Berdasarkan pengalaman kehidupan saya, saya berpendapat pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan orang cacat sepanjang hayatnya. Mereka yang mendapat pendidikan dan bagi mereka yang tidak mendapat pendidikan, kehidupan mereka akan amat berbeza. Misalnya, saya sebagai contoh, jika saya tidak pernah mendapat pendidikan, saya mungkin akan bergantung kepada bantua kerajaan seumur hidup. Saya ingin menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan tidak mahu menjadi bebanan orang. Ia mengibaratkannya sebagai mendaki Tembok Besar, jika orang biasa boleh mendaki, saya sebagai orang cacat juga boleh mendaki Tembok Besar tersebut.

Cik Yang Wanhua yang mengiringi Puan Hong Yufang mendaki Tembok Besar berkata kepada wartawan,"Sewaktu bersama-sama Puan Hong Yufang, saya amat terharu dan berasa bersemangat untuk berusaha memajukan diri. Semangat itu menggalakkan saya dan saya pasti membantunya mewujudkan impiannya mendaki Tembok Besar."

----AZMI