Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-12 13:58:26    
Perusahaan Swasta China Memainkan Peranan dalam Sektor Penerbangan Angkasa Lepas

CRI
Hasil keluaran perusahaan swasta dalam bidang sains dan teknologi tinggi mula memainkan peranan dalam sektor penerbangan angkasa lepas di China. Barangan peralatan elektrik keluaran Kumpulan Delixi, perusahaan swasta Wenzhou di Provinsi Zhejiang digunakan dalam sistem pengawasan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan dan memberi sumbangan semasa pelancaran kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou V" yang telah mencapai kejayaan.

Setelah kapal angkasa lepas pembawa angkasawan China pertama berjaya dilancarkan, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Liu Yandong mengutus kawat tahniah kepada Kumpulan Delixi dengan menyatakan: "Ini membuktikan, perusahaan bukan sistem milik negara bukan sahaja memainkan peranan dalam sektor pengeluaran barang-barang kegunaan awam, tetapi juga mempunyai prospek yang cerah dalam pengeluaran peralatan sains dan teknologi tinggi. Ekonomi perusahaan swasta kini memainkan peranan semakin penting dalam pembangunan bangsa dan negara."

Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan merupakan pusat pelancaran peluru berpandu, roket pelancar dan satelit yang paling awal dibina dan skopnya paling besar di China. Pada bulan Mac tahun 2002, pusat itu mengumumkan rancangan pembelian barangan peralatan elektrik, lebih 10 perusahaan yang mengeluarkan peralatan elektrik skop besar termasuk Kumpulan Delixi menyertai tawaran tender tersebut. Pada akhirnya, Kumpulan Delixi mengatasi syarikat-syarikat lain termasuk perusahaan milik negara dengan barang keluaran yang berkualiti tinggi.

Saudara mungkin tidak menyangka, Kumpulan Delixi yang menduduki tempat ke-5 dalam senarai 500 perusahaan swasta terbaik China pada masa ini merupakan sebuah kilang kecil yang diselenggarakan oleh petani pada masa dahulu. Dalam tempoh lebih 10 tahun, kilang yang kecil ini berkembang menjadi sebuah kumpulan perusahaan moden yang mempunyai lebih 70 perusahaan, melaksanakan urus niaga transnasional dan aset perusahaan itu bertambah lebih 20 ribu kali ganda.

Banyak barang dagangan yang berkualiti rendah dikeluarkan di Wenzhou, Provinsi Zhejiang yang ekonomi swastanya berkembang paling pesat di China dalam lebih 10 tahun yang lalu. Akan tetapi, pada masa ini, bandar Liushi, tempat terletaknya ibu pejabat Kumpulan Delixi telah berkembang menjadi bandar pengeluaran peralatan elektrik China. Cap dagang barang peralatan elektrik keluaran perusahaan swasta di bandar itu seperti Kumpulan Delixi dan Kumpulan Zhengtai di bandar Liushi dipilih sebagai "Cap dagang China yang terkenal" kerana barang keluarannya yang berkualiti tinggi, 250 perusahaan swasta mendapat pengiktirafan standard ISO-9000 dan ISO-14000, manakala 328 perusahaan swasta mendapat pengiktirafan "Sijil Wajib China (China Compulsory Certification)". Bandar Liushi yang reputasinya terjejas akibat barang keluaran yang berkualiti rendah, menjadi tempat tumpuan perusahaan yang mengeluarkan barang keluaran yang berkualiti tinggi. Skop perusahaan Wenzhou baru yang diwakili oleh kumpulan Delixi sentiasa menarik perhatian pihak media, kalangan ekonomi dan akademi.

Perkembangan perusahaan swasta China menyebabkan ekonomi swasta menjadi komponen penting ekonomi pasaran sosialisme China. Usahawan swasta juga memainkan peranan yang semakin penting dalam sektor ekonomi dan politik negara.

----Ching