|
Alam sekitar semula jadi China amat baik. Ini ditunjukkan dari segi iklim dan bentuk muka bumi.
China merupakan salah sebuah negara yang paling banyak mengalami pelbagai zon iklim, iaitu zon iklim sederhana, zon iklim sederhana selatan, zon subtropika, zon tropika dan zon khatulistiwa. Dengan kata lain, China mempunyai semua zon iklim di dunia kecuali zon tundra dan zun tanah beku kekal yang terletak di sekitar kutub. Lebih-lebih lagi, zon iklim sederhana, zon iklim sederhana selatan dan zon subtropika yang terdapat di kebanyakan wilayah China. Iklim tersebut sederhana dan mempunyai empat musim yang berbeza.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, sukatan hujan purata setiap tahun di seluruh China mencatat 629 milimeter, jumlah sukatan hujan pada setahun mencatat lebih 6000 bilion meter padu. Namun, akibat monson musim panas, kawasan selatan China sering mengalami hujan. Lebih-lebih lagi di kawasan tenggara China, sukatan hujan purata setiap tahun mencatat lebih 1000 minimeter. Di Huoshaoliao, bahagian timur laut Taiwan, sukatan hujan pada setahun pernah mencatat rekod sukatan hujan tertinggi di China, iaitu 8408 milimeter. Manakala, kawasan barat laut China jarang mengalami monson musim panas, maka, sukatan hujan di sana juga lebih rendah. Kecuali beberapa kawasan gunung, sukatan hujan di kawasan barat laut China purata setiap tahun tidak sampai 200 milimeter. Di Ruoqiang di Lembah Tarim, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, sukatan hujan setiap tahun tidak sampai 10 milimeter dan ia merupakan tempat yang paling kering di China.

Monson Asia Timur banyak mempengaruhi iklim China. Pada musim panas, angin tenggara sering bertiup dan mengakibatkan iklim di China panas dan banyak hujan, suhu udara lebih tinggi daripada kawasan lain pada garisan lintang yang sama. Manakala, pada musim sejuk, angin utara sering bertiup dan mengakibatkan iklim di China sejuk dan kering, suhu udara lebih rendah daripada kawasan yang lain pada garisan lintang yang sama. Suhu udara yang tinggi pada musim panas telah menyediakan iklim yang sesuai bagi penanaman padi dan kapas di kebanyakan kawasan selatan di China.

Bentuk bumi China adalah pelbagai. Di China, lima jenis bentuk bumi, termasuk gunung-ganang, dataran tinggi, lembangan, dataran dan bukit gondol mempunyai keluasan yang luas, dan telah menunjukkan pemandangan alam semula jadi yang berbeza. Di China terdapat banyak gunung dan bukit, keluasan gunung, dataran tinggi dan bukit gondol menduduki 65% keluasan bumi negara. Banyak gunung-ganang yang tinggi dan panjang telah menjadi "rangka" bentuk bumi China.
Dari segi ketinggian pada paras laut, bentuk bumi China tinggi di bahagian barat dan rendah di timur. Mengikuti ketinggian bentuk bumi pada paras laut, bentuk bumi China boleh dikatakan terbahagi kepada tiga "tangga". "Tangga" yang pertama dari Pergunungan Xing'an Besar ke kawasan timur Gunung Taihang, Gunung Wushan dan Gunung Xuefeng. Kawasan tersebut kebanyakan dataran dan bukit yang ketinggian tidak sampai 500 meter pada paras laut. Tiga dataran yang terbesar di China, iaitu Dataran Timur Laut, Dataran Utara China dan Dataran Kawasan Pangaliran Tengah dan Hilir Sungai Yangtze, serta Bukit Gondol Tenggara, iaitu bukit gondol yang terbesar di China terletak di "tangga" yang pertama.

Manakala, dataran tinggi dan lembangan yang ketinggian kira-kira 2000 hingga 1000 meter pada paras laut di sebelah barat "tangga" yang pertama merupakan "tangga" yang kedua. Dataran Tinggi Mongolia Dalam, Dataran Tinggi Huangtu, Dataran Tinggi Yunnan-Guizhou serta Lembangan Sichuan, Lembangan Tarim, Lembangan Junggar dan Lembangan Qaidam terletak di "tangga" ini. Dataran Tinggi Qinghai-Tibet pula merupakan "tangga" yang ketiga. Ia terbentuk dari dataran tinggi yang ketinggian melebihi 4000 meter daripada paras laut dan pergunungan yang ketinggian mencatat 5000-6000 meter daripada paras laut. Di sana terdapat lebih 10 puncak gunung yang ketinggian melebihi 8000 meter pada paras laut, antaranya ketinggian Puncak Qomolangma dari Gunung Himalaya mencatat 8848.13 meter daripada paras laut dan merupakan puncak gunung yang tertinggi di dunia.

Dataran Tinggi Qinghai-Tibet juga digelar sebagai "bumbung dunia".Bentuk bumi China yang bertangga memudahkan udara yang lembab masuk ke kawasan pendalaman China, manakala hujan turun mewujudkan pelbagai sungai yang mengalir ke arah timur sampai ke laut. Keadaan ini bukan sahaja memudahkan pengangkutan antara kawasan pendalaman dengan kawasan pantai laut, tetapi juga menyediakan sumber air yang subur. China dengan menggunakan sumber air tersebut telah membina pelbagai stesen jana kuasa haidro elektrik di sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
|