|
Wartawan CRI melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri China, Wu Yi dalam Sidang Kerja Hak Cipta Intelek China hari ini menegaskan, China berusaha mewujudkan suasana menghormati hak cipta intelek.
Wu Yi berkata, pada setempoh masa depan, tugas utama kerja hak cipta intelak China adalah meningkatkan pembangunan sistem perundangan, mengubah keadaan yang tidak melaksanakan undang-undang hak cipta intelek, mewujudkan suasana yang menghormati hak cipta intelek; berdasarkan peraturan WTO dan melaksanakan dasar yang bersesuaian dengan keadaan China supaya dapat memelihara hak cipta intelek dengan baik.
Wu Yi menegaskan, China akan mengubah fungsi pengawalan kerajaan terhadap hak cipta intelek dan menyempurnakan sistem pengawalan.
|