|
Wartawan CRI melaporkan bahawa Ketua Pengarah Biro Pentadbiran Cukai Negara China, Xie Xuren menyatakan di Beijing hari ini, pada tahun 2003, China telah mengutip cukai sebanyak 2000 bilion yuan RMB, jumlah itu telah bertambah 20% berbanding tahun 2002.
Xie Xuren berkata, perolehan cukai China tahun 2003 menempati 17% Keluaran Dalam Negara Kasar, peningkatan pesat perolehan cukai telah memberi sumbangan yang positif bagi perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial. Ekonomi nasional terus meningkat dengan stabil, peningkatan ekonomi dan kemajuan perusahaan telah menyediakan dasar bagi peningkatan perolehan cukai pada tahun ini.
|