Menurut Agensi Berita China, Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong dan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Haji Ahmad Badawi mengadakan rundingan di Singapura semalam, kedua-dua pihak menyatakan akan berusaha menyelesaikan persengketaan kedua-dua negara melalui dialog.
Ini merupakan kali pertama Abdullah Haji Ahmad Badawi melawat ke Singapura sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Singapura dan Malaysia berharap melalui peluang kali ini menyelesaikan beberapa masalah penting antaranya isu penambakan laut dan bekalan air. Pada masa yang lalu, kedua-dua pihak mempertahankan pendirian masing-masing dan menyebabkan rundingan ditangguhkan.
Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas rundingan itu, Goh Chok Tong dan Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kedua-dua pihak akan memelihara hubungan baik, mungkin akan mengubah pendirian dan tindakan termasuk melibatkan pihak ketiga dalam rundingan untuk menyelesaikan persengketaan itu.
|