Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-14 14:54:42    
Korea Selatan, Vietnam dan Jepun dengan Aktif Mengawal Wabak Selesema Burung

CRI

Menurut berita CRI: wabak selesema burung besar-besaran merebak di Korea Selatan, Vietnam dan Jepun baru-baru ini, bukan sahaja menjejaskan dengan serius ekonomi ketiga-tiga negara tersebut, tetap juga mengancam kesihatan penduduk di kawasan perebakan wabak selesema burung berkaitan. Pada masa ini, kerajaan ketiga-tiga negara tersebut sedang mengambil beberapa tindakan untuk mencegah perebakan terus wabak tersebut.

Pada 5 Disember 2003 lalu, wabak selesema burung dikesan buat kali pertama di tempat ternakan ayam di Chungchong Bukdo Korea Selatan. Kemudian wabak itu merebak dengan cepat di seluruh negara itu. Sehingga 13 Januari lalu, wabak itu merebak di sebanyak 16 tempat ternakan ayam dan itik yang besar di Korea Selatan. Di Vietnam, wabak selesema burung dikesan buat kali pertama pada awal bulan Januari lalu, wabak itu kemudian merebak di provinsi lain di kawasan Delta Sungai Mekong serta kawasan bahagian utara Vietnam dan mengakibatkan ratusan ribu ayam mati. Manakala di Jepun pula, wabak selesema burung yang hebat juga merebak di tempat ternakan ayam di Kaunti Yamaguchi-Ken baru-baru ini.

Setelah mengesan wabak selesema burung, kerajaan Korea Selatan, Vietnam dan Jepun mengambil beberapa tindakan kawalan dengan cepat. Badan kuarantin kerajaan Korea Selatan menutup dengan segera kawasan perebakan wabak selesema burung, membasmi kuman di kawasan berkaitan dan terhadap kenderaan dan pekerja yang keluar masuk kawasan tersebut serta membunuh lebih sejuta ayam yang dijangkiti wabak itu. Di Vietnam, selain membunuh sejumlah besar ayam yang dijangkiti wabak, pos pemeriksaan bergerak juga ditempatkan di lebuh raya yang menuju ke kawasan perebakan wabak selesema burung utama untuk mencegah ayam yang dijangkiti wabak itu dibawa keluar dari kawasan itu; badan berkaitan menuntut supaya membasmi kuman terhadap semua tempat ternakan ayam di seluruh negara; Kerajaan Vietnam juga menyeru Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB menghantar dengan segera pakar dan memberi maklumat berkaitan untuk mengawal wabak selesema burung. Manakala di Jepun pula, kerajaan berdasarkan peraturan berkaitan "Undang-undang Penyakit Berjangkit Ternak", membunuh semua 30 ribu ayam di tempat ternakan ayam yang dikesan wabak itu, membawa balik semua telur yang dijual oleh tempat ternakan itu di pasaran. Menurut pakar berkaitan, pada masa ini, wabak selesema burung tidak terus merebak di ketiga-tiga negara tersebut, akan tetapi punca wabak belum didapati, jenis virus wabak selesema burung sedang dalam penyiasatan.

Berdasarkan hasil penyelidikan perubatan sekarang, virus wabak selesema burung tidak menjangkiti manusia, akan tetapi, beberapa virus yang beracun serius mungkin dapat menulari secara langsung dari binatang kepada manusia dan ada kemungkinan menyebabkan kes kematian manusia. Setakat ini, masih belum terdapat orang dijangkiti virus selesema burung di Korea Selatan dan Jepun, manakala seramai 12 orang disyaki mati akibat selsema burung di Vietnam. Pada masa ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia sedang menjalankan penyelidikan lebih lanjut untuk memastikan punca kematian 12 orang Vietnam tersebut.