Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-14 13:31:29    
"Kolar Kelabu" dalam Pasaran Tenaga Manusia China

CRI
Seperti banyak negara yang lain, di China orang ramai biasanya mengkategorikan kakitangan di pejabat atau jawatan pengurus kanan di syarikat dan perusahaan sebagai pekerja "kolar putih", manakala buruh pula dipanggil sebagai pekerja "kolar biru". Akan tetapi, dalam pasaran tenaga manusia di China sekarang, golongan yang paling menarik perhatian ialah mereka yang bukan sahaja taraf pengetahuannya tinggi malah mempunyai kepakaran dan pengalaman. Orang yang seperti itu digelar sebagai pekerja "kolar kelabu".

Mengapa sekarang pekerja "kolar kelabu" menjadi tumpuan orang ramai? Dilaporkan, sebuah perusahaan di Bandar Shenzhen, Provinsi Guangdong, selatan China walaupun menawarkan gaji sebanyak 6000 yuan Renminbi sebulan, tetapi gagal untuk mengupah tukang memasang mesin. Manakala, di Shenzhen, gaji pekerja "kolar biru" biasanya hanya 600 hingga 700 yuan Renminbi sebulan. Sebuah perusahaan di Provinsi Zhejiang, timur China pernah mengupah seorang jurutera dari Jepun dengan menawarkan gaji sebanyak 700 ribu yuan Renminbi setahun. Dalam pasaran tenaga manusia di Bandar Shanghai, China, terdapat 13,800 peluang kerja untuk tenaga profesinoal yang mahir dalam bidang teknik, tetapi hanya 3,800 orang memenuhi permintaan itu. Oleh sebab pasaran tenaga manusia China sekarang amat memerlukan juruteknik yang mempunyai pengetahuan vokasional, maka topik "kolar kelabu" amat menarik perhatian orang ramai.

Jadi, siapakah yang boleh digelar sebagai pekerja "kolar kelabu"? Dimaklumkan, di China, pekerja dalam 25 jenis pekerjaan digelar sebagai pekerja "kolar kelabu", mereka termasuk pelbagai kategori jurutera seperti mekanik kereta, pengaturcara perisian komputer, jurutera elektronik, pengurus jaringan net, pereka bentuk iklan, pereka fesyen pakaian, pencipta muzik digital, juruterbang, angkasawan, doktor pembedahan, pemberita dan lain-lain.

Apakah peranan utama pekerja "kolar kelabu"? Dalam proses pembangunan, pelbagai perusahaan di China sentiasa akan menemui keadaan yang serba salah: mereka mengimport peralatan dan perkakasan moden dari luar negara, tetapi tiada orang boleh menggunakannya. Kekurangan juruteknik yang berpengetahuan tinggi sentiasa merupakan masalah bagi perusahaan di China.

Dalam industri kereta yang berkembang pesat di China juga menghadapi masalah yang serupa itu. Seorang mekanik di sebuah bengkel membaiki kereta di Beijing berkata, "Kesukaran dan tumpuan utama dalam kerja membaiki kereta sekarang bukan untuk membaiki enjin, tetapi membaiki pendawaian elektrik. Tetapi mekanik kereta biasanya tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki pendawaian elektrik. Kerja itu memerlukan kemahiran vokasional dan juga mesti banyak pengalaman. Saya fikir, juruteknik yang serupa itu ialah pekerja 'kolar kelabu'."

Dalam sektor pengiklanan, pencipta iklan juga merupakan pekerja "kolar kelabu". Timbalan Ketua Pengurus sebuah syarikat pengiklanan di Beijing, Encik Xu telah bekerja dalam sektor tersebut selama 20 tahun. Ketika menyebut konsep "kolar kelabu", beliau berkata, "Pengiklanan merupakan bidang kerja yang amat mencabar, manakala penciptaan iklan lebih rumit lagi, ia bukan sahaja memerlukan pengetahuan asas, tetapi juga memerlukan pemikiran yang kreatif serta pengetahuan dalam bidang kesenian dan teknik melukis, dan lain-lain. Orang yang menguasai pengetahuan dan teknik itu baru dapat menghasilkan iklan yang baik. Konsep 'kolar kelabu' dengan tepat menggambar keistimewaan pekerjaan itu."

Mengapa di China kekurangan tenaga profesional "kolar kelabu"? Sebabnya banyak, antaranya ialah dalam konsep tradisional di China, orang ramai kurang memahami konsep pendidikan mengikut permintaan pasaran dalam pembangunan ekonomi. Dalam kebudayaan China terdapat sejenis konsep, iaitu "orang yang bekerja menggunakan minda merupakan pemerintah, manakala orang yang bekerja menggunakan fizikal merupakan orang yang diperintah". Maka, ramai ibu bapa di China berharap anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dan menjadi orang yang bekerja menggunakan minda, hanya dengan ini, baru boleh digelar sebagai "tenaga profesional".

Menurut statistik, hanya terdapat kira-kira 4% ibu bapa di seluruh negara ingin anaknya belajar di sekolah vokasional. Dengan ini, wujud satu fenomena, iaitu dalam pasaran tenaga manusia di China terdapat ramai siswazah dan sarjana, tetapi kekurangan juruteknik yang berpengetahuan tinggi.

Seiring dengan pembangunan ekonomi, pelbagai aspek amat memerlukan jurutera, maka pekerja "kolar kelabu" amat laris dalam pasaran tenaga manusia. Maka, sekarang selain meningkatkan latihan kepada juruteknik dalam pelbagai bidang, yang lebih penting ialah orang ramai perlu mengubah konsep lama mereka, berdasarkan keadaan sebenar dan memilih pendidikan mengikuti permintaan pasaran. Seperti apa yang dikatakan dalam pepatah China: jika berusaha gigih, tidak kira bekerja dalam apa bidang pun boleh mencapai kecemerlangan.

----Wenwen