|
Wartawan CRI melaporkan bahawa delegasi industri teknologi maklumat dan telekom China yang sedang melawat A.S. di Washington telah menandatangani kontrak pembelian dengan A.S. semalam, jumlah kontrak itu bernilai 2.32 bilion dolar Amerika. Wakil perusahaan telekom terkenal China dan A.S. telah menandatangani kontrak tersebut.
Naib Menteri Industrian Teknologi Maklumat dan Telekom China, Lou Qinjian yang sedang melawat A.S. menyatakan bahawa China dan A.S. adalah rakan kerjasama yang baik dalam bidang industri maklumat dan telekom, kontrak yang ditandatangani tersebut adalah buktinya.
Setiausaha Perdagangan A.S., Don Evans berkata, pada beberapa tahun yang lalu, eksport A.S. kepada China terus bertambah, tindakan pembelian China di A.S. kali ini membuktikan lagi hubungan ekonomi dan perdagangan A.S. dan China terus berkembang.
|