|
Menurut berita CRI, Persatuan Industri Makanan China hari ini memaklumkan bahawa industri makanan China pada tahun lalu terus mengekalkan trend pertumbuhan pesat, nilai pengeluaran industri makanan China tahun lalu mencatat lebih 1200 bilion Yuan RBM dan bertambah lebih kurang 20%.
Pakar Persatuan Industri Makanan China menganalisa bahawa industri makanan China mengekalkan trend pertumbuhan pesat disebabkan China melaksanakan dasar perindustrian pertanian, dan mendorong pertumbuhan keperluan penggunaan dalam negara dengan pesat. Selain itu, kerajaan mengambil tindakan melaksanakan "Projek Makanan Selamat" dan lain-lain, menyediakan syarat yang baik terhadap perkembangan industri makanan.
|