Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-16 18:51:23    
Rizab Mata Wang Asing di China Meningkat Lebih 100 Bilion Dolar Amerika pada Tahun 2003

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, Wartawan dimaklumkan oleh bank pusat China semalam bahawa sehingga penghujung tahun 2003, jumlah rizab mata wang asing di China telah mencatat 403.3 bilion Dolar Amerika, meningkat lebih 100 bilion Dolar Amerika berbanding pada tahun 2002, jumlah peningkatan rizab mata wang asing di China pada tahun 2003 adalah paling banyak dalam sejarah rizab bank tersebut selama ini.

Pakar berpendapat, faktor utama menyebabkan peningkatan dengan banyak jumlah rizab mata wang asing di China adalah kerana peningkatan jumlah eksport dan pelaburan langsung asing di China serta semakin banyak perusahaan China membeli barangan import dengan mata wang asing.