"Saya Pernah ke China, melihat perkembangan yang pesat di sini, saya berpendapat, China dan Filipina boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, membantu Filipina membangun menjadi negara maju." Naib Menteri Hal-ehwal Khas Sains dan Teknologi Filipina Puan Nepomuceno menyatakan demikian dalam wawancara baru-baru ini.
Beliau menyatakan, China mempunyai banyak teknologi pertanian dan perindustrian yang maju, China dan Filipina boleh mengadakan kerjasama saling menguntungkan dalam penanaman padi, perhutanan, industri pembuatan, tenunan, elektronik dan lain-lain melalui pertukaran teknologi, pertukaran lawatan ahli sains dan latihan tenaga pekerja. Kerjasama sains dan teknologi China dan Filipina baru dimulakan, sekarang usaha tertumpu dalam bidang pertanian, diharapkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang teknologi perindustrian dapat ditingkatkan lagi. Filipina mempunyai produk yang unggul, termasuk ikan, udang, buah-buahan tropika, kelapa sawit, barangan plastik dan lain-lain, pembangunan perisian komputer Filipina juga agak maju. Beliau juga berkata, Filipina berharap dapat terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang sains dan teknologi, termasuk kerjasama dalam pencegahan perebakan wabak SARS. Selain itu, Filipina juga berharap meningkatkan penyelidikan dan kerjasama dengan China dalam bidang piawaian standard antarabangsa, pengiraan dan pengukuran, kedua-dua pihak saling mempelajari melalui latihan pekerja dan pertukaran pakar, kami mengalu-alukan ahli sains China melawat ke Filipina.
Kerjasama antara China dan Filipina dalam bidang sains dan teknologi pertanian telah mencapai hasil yang membanggakan, setelah padi cacukan yang bermutu dari China dipopularkan di Filipina, jumlah penghasilan padi di Filipina telah meningkat. Pusat teknologi pertanian Filipina yang dibangunkan atas bantuan kerajaan China sudah siap, ini akan membawa keuntungkan kepada kerajaan Filipina untuk memodenkan sektor pertanian negara itu. Konsulat perdagangan China di Filipina Yu Shizhong berkata, Kementerian Perdagangan dan Kementerian Pertanian akan telah menyediakan latihan dalam bidang pertanian dan penternakan kepada pegawai Filipina untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang sains dan teknologi pertanian.
Pakar dari Kementerian Luar Sains dan Teknologi Filipina menyatakan, sekarang, ahli sains dan teknologi Filipina biasanya mengikuti latihan di Jepun, A.S dan Eropah. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf teknologi, Filipina dan China harus meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dalam bidang sains dan teknologi perindustrian, mendorong pertukaran kepakaran dan teknologi dan saling mempelajari antara satu sama lain.
Filipina mempunyai keunggulan dalam bidang pemasangan komponen elektronik dan perkhidmatan telefon. Dalam Sidang Tidak Rasmi Menteri Industri dan Perdagangan ASEAN yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 13 Disember tahun lepas, para menteri selain bersetuju mengambil tindakan yang positif untuk mendorong integrasi perdagangan, juga membincangkan tindakan untuk meningkatkan bersama industri pelbagai negara dan telah menetapkan Filipina mengetuai industri elektronik, ini membuktikan industri elektronik Filipina mempunyai kedudukan yang penting dalam negara ASEAN. Barangan eksport Filipina kebanyakannya ialah barangan elektronik dan produk itu menempati lebih-kurang separuh daripada jumlah eksportnya. Sekarang, banyak syarikat transnasional yang terkenal termasuk "Amerika On Line" sudah menetapkan Filipina sebagai pusat perkhidmatannya dan pusat internet di rantau Asia, mereka masing-masing menubuhkan pusat perkhidmatan telefon di Filipina. Menurut statistik Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Filipina, sekarang, terdapat 37 pusat perkhidmatan telefon dalam dan luar negara di Filipina.
Seiring dengan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama sains dan teknologi akan memainkan peranan yang positif dalam rangka kerjasama serantau. Melalui pertukaran teknologi antara satu sama lain, menyempurnakan mekanisme kerjasama sains dan teknologi, kerjasama China-Filipina akan mempunyai masa depan yang cerah.
----Andika
|