Menurut berita CRI, Agensi Berita Antara Indonesia semalam melaporkan bahawa tentera Indonesia telah menembak mati seorang pemimpin Pergerakan Pembebasan Aceh Merdeka pada hari yang sama.
Menurut laporan tersebut, pemimpin itu bernama Said Adnan. Dia ditembak mati dalam pertempuran antara kumpulan bersenjata Pergerakan Pembebasan Aceh merdeka dengan tentera kerajaan. Said Adnan merupakan salah seorang pemimpin pemberontak yang paling dikehendaki dan ingin ditangkap oleh kerajaan Indonesia.
Pergerakan Pembebasan Aceh Merdeka sentiasa berusaha memisahkan kawasan Aceh daripada wilayah Indonesia dan berjuang menjadikannya sebuah negara yang merdeka.
|