Wartawan CRI melaporkan bahawa Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan rundingan di Bangkok semalam. Kedua-dua pihak menyatakan akan meningkatkan kerjasama keselamatan dan ekonomi di kawasan sempadan.
Pemimpin kedua-dua negara dalam sidang akhbar selepas rundingan itu menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan menyelesaikan dengan secepat mungkin masalah sesetengah penduduk di kawasan sempadan Thailand dan Malaysia mempunyai dwikewarganegaraan, meningkatkan pertukaran maklumat dan memerangi jenayah di kawasan sempadan.
Kedua-dua negara juga memutuskan menubuhkan jawatankuasa bersama yang mendorong perkembangan kawasan sempadan, mendorong pembangunan ekonomi dan memelihara keselamatan dan kestabilan kawasan sempadan.
|