Ahli ekonomi Akademi Sains Sosial China semasa diwawancara oleh pemberita menjelaskan, bahawa walaupun ekonomi China telah mencapai perkembangan yang pesat, namun, potensi perkembangan ekonomi China masih belum dimanfaatkan sepenuhnya. Ini menunjukkan ekonomi China masih berpotensi mencapai pertumbuhan yang lebih pesat lagi.
Dari penghujung tahun 1970-an hingga tahun 1997, kadar purata tahunan pertumbuhan ekonomi China melebihi 9%. Semenjak tahun 1998, walaupun ekonomi antarabangsa mengalami kelembapan, namun, ekonomi China tetap mengekalkan kadar pertumbuhan 7% hingga 8%. Apakah ini bermakna potensi ekonomi China telah dimanfaatkan sepenuhnya? Pegawai Institut Pengkajian Ekonomi Akademi Sains Sosial China Encik Yuan Gangming berkata: " Kadar pertumbuhan ekonomi 8% bukanlah kadar yang tertinggi yang pernah dicapai, walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selepas krisis kewangan Asia berlaku, telah membawa kesan yang negatif kepada China, tetapi, dari tahun 2001 hingga tahun 2002, kadar pertumbuhan ekonomi China telah mencapai 8% bahkan telah mencapai 8.3% dalam beberapa bulan."
Yang Gangming berpendapat, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, untuk mencegah pertumbuhan ekonomi China terlalu cepat dan mengelak inflasi, kerajaan China juga telah mengambil banyak tindakan menyusun semula struktur ekonomi. Ini disebabkan dalam struktur ekonomi pasaran sosialis yang dilaksanakan di China, pertumbuhan ekonomi terutamanya ditentukan oleh permintaan, namun, permintaan dalam pelbagai bidang ekonomi di China terlalu kuat.
Menyentuh keperluan pengguna di dalam negara, walaupun pendapatan purata penduduk bandar China telah mencapai lebih 7 ribu yuan Renminbi, dan pendapatan purata penduduk desa mencapai lebih 2 ribu yuan Renminbi. Namun, taraf pendapatan masih rendah di dunia, tidak memenuhi permintaan ramai pengguna. Di kawasan desa, masih terdapat lebih 50% keluarga tidak mempunyai alat perkakas elektrik kegunaan rumah. Di bandar, penduduk bercadang memperbaiki rumah kediaman dan juga ingin membeli kenderaan serta barangan keperluan yang berharga tinggi. Encik Yuan Gangming berkata: "Kini, semua orang China mahu membeli barangan, keadaan ini kurang berlaku di negara-negara yang lain di dunia".
Keperluan pelaburan yang kuat merupakan satu faktur yang penting bagi pertumbuhan ekonomi China berpotensi amat besar. Pada dua tahun yang lalu, kerajaan memberi subsidi untuk membeli rumah, sistem kredit disempurnakan, kuasa beli penduduk meningkat, pelaburan syarika pemaju perumahan dan pengeluar kereta telah meningkat dengan cepat. Modal yang diperlukan adalah mencukupi. Menurut statistik, jumlah simpanan penduduk China telah melebihi 980 bilion yuan Renminbi. Selain itu, pelaburan asing yang banyak, bukan sahaja telah menyediakan banyak modal , tetapi juga membawa teknologi, kelengkapan dan pengalaman yang maju kepada China.
Ketika menganalisis tenaga penggalak pertumbuhan ekonomi China pada masa ini, para pakar telah mengenal pasti peranan penggalakan ekspot.
Pada tahun 2002, jumlah eksport China mencapai lebih 300 bilion dolar Amerika. Kelebihan ekspot China yang terus meningkat, terutamanya kerana kos tenaga kerja rendah, tetapi, taraf teknologi semakin meningkat. Seiring dengan kemajuan teknologi pelbagai perusahaan China, ekspot China turut mencapai perkembangan yang baru.
Pakar menjelaskan, kini, permintaan pengguna, pelaburan dan pertumbuhan ekspot China sangat kuat, adalah berkemungkinan bagi China untuk mewujudkan kadar pertumbuhan ekonomi 9% hingga 10%. Seorang pakar Institut Ekonomi Akademi Sains Sisial China Profesor Han Meng berkata: " Masih terdapat masalah dalam proses pertumbuhan ekonomi pada masa ini seperti permintaan tidak mencukupi, dan penawaran tidak dapat memenuhi keperluan dengan sepenuhnya, walaupun sebahagian barangan mungkin telah melebihi permintaan, tetapi, sebenarnya, banyak keperluan lain tidak dapat dipenuhi. Oleh itu, pengeluaran hendaklah selaras dengan keperluan."
Encik Han Meng menambah, dalam proses meningkatkan pertumbuhan keperluan penggunaan yang penting terhadap pertumbuhan ekonomi China, kerajaan China harus terus meningkatkan pendapatan penduduk bandar dan desa, menyempurnakan sistem jaminan sosial. Setelah pendapatan penduduk meningkat, dan masalah jaminan sosial pada masa hadapan diselesaikan, penduduk boleh membeli barangan dengan pendapatannya sendiri. Pada ketika itu, keperluan penggunaan akan mencapai kemuncaknya dan akan muncul pertumbuhan ekonomi
----Wang Ling.
|