Menurut berita CRI, jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Vietnam hari ini di Hanoi berkata, WHO, Program Bahan Makanan Sedunia PBB serta Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. akan menambah 10 orang pakar perubatan ke Vietnam untuk membantu mengatasi wabak selesema burung dan flu-A di kalangan manusia yang sedang merebak di Vietnam.
Semalam, pakar doktor binatang dari Program Bahan Makanan Sedunia PBB, Carolyn Anne C. Benigno selepas tiba di Hanoi berkata, usaha kerajaan Vietnam untuk mengawal perebakan wabak dan mengumumkan laporan harian keadaan wabak selesema burung adalah baik. Bagaimanapun, beliau menganggap bahawa selesema burung yang dikesan di Vietnam dan beberapa negara lain di Asia akan dikawal.
|