Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Thailand, Takshin semalam di Dhaka, ibu negara Bangladesh menyeru untuk mewujudkan pola baru pembangunan ekonomi untuk menyesuaikan kecenderungan globalisasi ekonomi agar negara mundur mendapat lebih banyak faedah daripada perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Seruan tersebut dibuat dalam Sidang Perniagaan Antarabangsa yang bertemakan Pentadbiran Ekonomi Sejagat dan Cabaran Pelbagai Hala yang diadakan di Dhaka. Takshin menegaskan bahawa negara barat tidak patut menganggap penurunan kadar peluang pekerjaan dalam negeri bergantung kepada keadaan di negara-negara membangun. Sebaliknya, mereka patut giat membangunkan faktor yang baik untuk menampung tenaga lebihan dalam negeri.
Beliau turut menyatakan, negara membangun di Asia patut menghentikan mengguna cara persaingan yang kurang sihat dan saling mengurangkan harga, tetapi seharusnya membangunkan ekonomi yang mempunyai ciri tempatan masing-masing untuk bekerjasama dengan negara maju berasaskan hubungan teman yang sama rata.
|