Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-19 14:57:10    
Kerajaan Chengdu China Menyediakan Peruntukan untuk Memberi Latihan kepada Petani

Agensi Berita Xinhua China
Baru-baru ini, semasa wartawan mengadakan wawancara di desa Hongsha, mukim Sansheng, Daerah Jinjiang bandar Chengdu China, lebih 30 petani sedang mendengar ceramah dengan teliti kursus pengetahuan perundangan yang disampaikan oleh Encik Li Bin, pensyarah Univeristi Perguruan Sichuan di bilik persidangan Majlis Desa mukim itu.

Semasa berehat sebelum mengikuti subjek kursus yang lain, Encik Wang Yingfeng, petani yang berusia lebih 30 tahun memberitahu wartawan dengan gembira, selain bekerja di Syarikat Penanaman Bunga setiap hari, beliau juga mengikuti kursus perundangan, kesihatan dan hortikultur yang dianjurkan oleh kerajaan mukim Sansheng tiga hingga lima kali sebulan. "kursus tersebut diadakan secara percuma. Saya akan menjadi petani moden selepas tamat mengikuti kursus itu." Encik Wang Yingfeng kelihatan begitu berminat mengikuti kursus tersebut.

Menurut maklumat bahagian berkenaan dari Daerah Jinjiang, mulai pada penghujung tahun 2003, kerajaan daerah itu akan memperuntukkan tiga juta Yuan RMB untuk memberi latihan kepada 250 ribu buruh tani di daerah itu dalam tempoh 3 tahun, meningkatkan kualiti dan pengetahuan mereka supaya mereka menjadi "petani moden".

Daerah Jinjiang merupakan salah satu daerah utama bandar Chengdu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan proses urbanisasi desa dipercepat dan kawasan tanah pertanian dibangunkan menjadi kawasan bandar bertambah banyak, semakin ramai petani di kawasan luar bandar menjadi penganggur. Mereka memerlukan kerja baru dengan segera. Setelah menjalankan tinjauan dan kajian, kerajaan Daerah Jinjiang menetapkan rancangan memberi latihan kepada para petani, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka "selaras dengan proses urbanisasi desa menjadi bandar metropoliain", memberi kursus dalam bidang perundangan, pengetahuan ekonomi pasaran dan kehidupan di bandar untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pelbagai perkara yang perlu diuruskan berdasarkan peraturan dan undang-undang, mematuhi prosedur masyarakat dan menghadapi persaingan pasaran. Berdasarkan ciri-ciri daerah itu, iaitu kawasan tanaman bunga dan sayur-sayuran tanpa pencemaran yang sudah bersejarah lama dan dilaksanakan secara besar-besaran, kerajaan tempatan juga menetapkan rancangan mengadakan kursus yang berkaitan sektor pelancongan, pengajian makanan dan minuman serta hiburan dan mengadakan kursus menanam bunga dan memasak untuk mendorong kaum tani di desa menjadi penduduk bandar.

Menurut maklumat Ketua Daerah Jinjiang Encik Chen Zhi, untuk menjamin kaum tani belajar dan mempraktikkan pengetahuan mereka apabila bekerja semula, kerajaan tempatan juga belajar pengalaman berjaya bandar-bandar utama di China menyediakan peluang kerja kepada penganggur dan buruh tani yang berkelayakan. Dalam tempoh 3 tahun yang akan datang, perusahaan dalam sektor penanaman bunga dan perkhidmatan akan dikembangkan untuk menyediakan peluang kerja sebanyak 13.5 buah kepada petani. Selain itu, berdasarkan permintaan syarikat berkaitan, kerajaan tempatan juga menyediakan latihan khas kepada kaum tani untuk menyediakan tenaga profesional bekerja di syarikat-syarikat tersebut.

----Ching