Kongres Kebangsaan ke-16 Parti Komunis China yang telah diadakan baru baru ini telah mengemukakan bahawa dalam tempoh belasan tahun kelak, China akan menubuhkan serta menyempurnakan sistem jaminan sosial yang bersesuaian dengan taraf perkembangan ekonomi. Sistem jaminan tersebut mengandungi jaminan sosial untuk orang tua. Di China yang penduduknya hampir 1.3 bilion, antara setiap 10 orang, ada satu orang tua, ia bermakna China sudah memasuki masyarakat yang ramai orang tua.
Kerajaan China sentiasa memberi perhatian terhadap orang tua. Sejak China baru ditubuhkan, kerajaan sudah menggubal beberapa dasar untuk menjamin kehidupan orang tua, antaranya termasuk: sistem saraan dan sistem jaminan sosial bagi pekerja di bandar, sistem '5 jaminan' bagi orang tua yang hidup sendiri di kampung iaitu "menjamin makanan, menjamin pakaian, menjamin tempat tinggal, menjamin perubatan dan menjamin penguburan". Kerajaan China sudah memperuntukkan banyak dana di kebanyakan pekan dan kampung untuk menubuhkan rumah orang tua bagi memelihara orang tua yang hidup sendiri.
Suruhanjaya Kerja Orang Tua China yang ditubuhkan pada tahun 1999, ialah satu badan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang tua di China yang ditelakkan di bawah pengawasan Dewan Negara China. Ketika membicarakan kemajuan kerja jaminan orang tua di China pada tahun 2002, pegawai Jabatan Suruhanjaya Kerja Orang Tua China Encik Yuan Xili memaklumkan,"Pada tahun 2002, pelbagai bahagian sudah menetapkan rancangan tentang perkhidmatan untuk orang tua, misalnya, bahagian jaminan buruh menjamin biaya saraan diberi kepada mereka dengan jumlah yang cukup pada waktunya; Kementerian Kesihatan melaksanakan 'Rancangan Penglihatan' yang membantu kawasan bahagian barat, membiayai kos pembedahan penyakit katarak untuk orang tua, dan menyediakan satu kereta ambulans yang bernilai lebih 1 juta yuan RMB untuk setiap provinsi di bahagian barat; Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda China melaksanakan 'Rancangan Membantu Orang Tua', menubuhkan lebih 10 ribu pusat perkhidmatan, mengatur lebih 2 juta sukarelawan muda berkhidmat untuk orang tua. Kementerian Hal Ehwal Am telah menubuhkan lebih 6,800 'Keluarga Cahaya Bintang'yang menyediakan perkhidmatan hiburan untuk orang tua."
Seiring dengan taraf kehidupan ditingkatkan, orang tua di China dapat menikmati kehidupan yang semakin baik. Tetapi sejumlah orang merasa sepi setelah bersara daripada perkhidmatan. Dengan demikian, Kementerian Hal Ehwal Am China mula melaksanakan satu 'Rancangan Cahaya Bintang' di seluruh negara, langkah pertama ialah menubuhkan pusat hiburan untuk orang tua dalam komuniti di bandar.
"Keluarga Cahaya Bintang Orang Tua Dong An Lan Ying" terletak di satu komuniti penduduk di distrik Xunwu, bahagian selatan bandar Beijing, ia berkeluasan lebih 200 meter persegi, dan mempunyai bilik catur, kad dan bacaan, bilik penjagaan siang, bilik berbual-bual dan pusat kesihatan. Orang tua yang tinggal dalam komuniti tersebut selalu berkumpul di situ , ada yang bermain catur, ada yang bersenam, mereka yang kurang sihat boleh menerima rawatan tradisional China. Keluarga Cahaya Bintang telah menubuhkan kumpulan kesenian seperti menenun dan kaligrafi. Puan Guo Junfang yang suka menenun sudah berumur lebih 60 tahun, beliau berkata kepada wartawan bhw beliau pandai menenumapabila belajar di pusat Keluarga Cahaya Bintang, dan di sini, beliau merasa gembira dan lapang.
"Pada hari biasa, anak saya kesemuanya bekerja, hanya tinggal saya sendiri di rumah, tidak ada orang berbual-bual dengan saya. Waktu belajar menenun, ada guru mengajar, jika tidak jelas kami boleh bertanya, kami saling belajar dan merasa gembira. Jika selalu duduk di rumah, saya mengalami tekanan darah tinggi, jika datang ke sini, saya merasa lebih sihat."
Pegawai Jabatan Suruhanjaya Kerja Orang Tua China Encik Yuan Xili memaklumkan, pada masa ini, mereka sedang menjalankan satu kajian tentang kemiskinan orang tua di seluruh negara.
"Pada tahun ini, kami menjalankan satu kajian terhadap orang tua yang miskin di seluruh negara, matlamatnya adalah untuk mengetahui beberapa ramaikah orang tua yang miskin di China, apa faktor yang menyebabkan mereka miskin, dan apa langkah yang seharusnya diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan. Berdasarkan tinjauan kami, didapati masalah kemiskinan agak menonjol di kawasan desa khususnya di bahagian barat. Dengan demikian, salah satu tumpuan utama dalam kerja kami pada tahun depan ialah berusaha menyelesaikan masalah orang tua yang miskin di kawasan desa, menubuhkan tabung bantuan orang tua, sumber kewangan tabung bantuan itu diperoleh daripada 3 pihak iaitu: pendapatan kewangan negara, syarikat loteri, dan sumbangan derma masyarakat."
----AZMI
|