Menurut Agensi Berita Xinhua: Raja Kemboja Norodum Sihanouk di Phnom Penh hari ini menyatakan harapan supaya kerajaan baru Kemboja dibentuk dengan segera untuk memelihara kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau menyatakan, pilihan raya Kemboja telah berakhir selama separuh tahun, akan tetapi kerajaan baru belum dibentuk. Beliau berharap pelbagai parti Kemboja yang memenangi kerusi dalam pilihan raya itu mngutamakan kepentingan negara dan bangsa untuk membentuk kerajaan baru melalui mesyuarat.
|