Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-19 17:05:48    
China akan Melaksanakan Sistem Bayaran Pelupusan Bahan Buangan Berbahaya

Agensi Berita Xinhua China
Untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar disebabkan kelemakan pelupusan bahan buangan berbahaya pada masa ini, China akan melaksanakan sistem bayaran pelupusan bahan buangan berbahaya, mengumpulkan dana di dalam dan luar negara serta menggalakkan perusahaan swasta China menyertai pembangunan dan penyelenggarakan kemudahan pelupusan bahan buangan berbahaya agar bahan buangan berbahaya diuruskan dengan berkesan dan selamat.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembinaan China telah mengeluarkan bersama agar semua pihak meningkatkan pengurusan dan mendorong pembentukan industri pengurusan pelupusan bahan buangan berbahaya serta membentuk sistem bayaran pelupusan bahan buangan berbahaya. Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Alam Sekitar berkaitan menyatakan, semasa melaksanakan sistem pelupusan bahan buangan berbahaya, badan berkaitan harus memainkan peranan sepenuhnya menetapkan peraturan pasaran, membentuk mekanisme penyelenggaraan pelupusan bahan buangan berbahaya yang selaras dengan tuntutan ekonomi pasaran. Standard bayaran pelupusan bahan buangan berbahaya harus ditetapkan berdasarkan kos pengurusan pampasan dan prinsip mendapat keuntungan secara rasional.

Menurut pegawai itu, pembayaran pelupusan bahan buangan berbahaya harus dilaksanakan dengan mudah dan cekap, cara pembayaran yang berbeza harus dilaksanakan terhadap bahan buangan yang berbeza, seperti bahan buangan perubatan, bahan buangan industri dan lain-lain sebagainya.

Pegawai itu menambah, pentadbiran dan perusahaan harus dipisahkan, mekanisme persaingan harus diperkenalkan dalam badan kerajaan yang menguruskan pelupusan bahan buangan berbahaya. Semasa membangunkan kemudahan pelupusan bahan buangan berbahaya, badan kerajaan harus memilih perusahaan yang berkelayakan dan bertanggungjawab terhadap tugas tersebut melalui tawaran tender terbuka. Disamping itu, prosedur dan skop kemudahan pengurusan yang rasional harus ditetapkan berdasarkan jumlah bahan buangan berbahaya tersebut. Badan yang mengeluarkan dan menguruskan pelupusan bahan buangan berbahaya harus melaksanakan dengan ketat peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk pendaftaran bahan buangan berbahaya, permit urus niaga dan lain-lain, mengharamkan bahan buangan berbahaya dibuang secara langsung ke tempat pelupusan sampah sarap biasa atau dicampur dalam sampah sarap.

Menurut maklumat pakar, bahan buangan berbahaya ialah bahan buangan berbahaya yang dikenalpasti berdasarkan standard dan cara yang ditetapkan oleh kerajaan, seperti bahan buangan berbahaya dalam sektor industri, perubatan dan bidang-bidang lain. Jika tidak dapat diuruskan dengan selamat, bahan buangan berbahaya tersebut akan menjejaskan serius kehidupan manusia dan alam sekitar.

----Ching