Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam semalam telah menyampaikan ucapan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Cina di Malaysia.
Beliau berkata, "sempena sambutan Tahun Baru Cina yang mesra dan bahagia, saya ucapkan selamat Tahun Baru China kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Cina di Malaysia."
Beliau berkata, pelbagai suku bangsa bersama-sama merayakan tahun baru Cina dalam suasana yang riang gembira merupakan keistimewaan Malaysia, semangat yang pelbagai suku kaum bermesra dan bermuafakat harus diteruskan, kerana ini merupakan dasar rakyat Malaysia menghadapi cabaran di dunia ini. Beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu-padu, bersahabat dan bersama-sama menuju ke masa depan.
|