Menurut berita CRI, Pada 21 Januari tahun ini merupakan malam menjelang Tahun Baru Imlek Cina. Pada waktu malam, bunga api telah dibakar dengan terang benterang di angkasa Teluk Marina Bay Singapura.
Pada malam menjelang Tahun Baru tahun monyet itu, Niucheshui, jalan yang didiami oleh ramai penduduk Cina di Singapura adalah sangat meriah. Para penduduk sedang menunggu pembakaran mercun yang sudah lama tidak didengar .
88 batang mercun telah dibakar untuk merayakan Tahun Baru ini. Ini merupakan pertama kali kerajaan Singapura mengizinkan orang Cina menbakar mercun untuk perayaan malam menjelang Tahun Baru sejak 34 tahun ini.
Selain itu, Pesta Kesenian yang dipersembahkan oleh artis Cina akan diadakan di pusat Kesenian Teluk Marina pada besok hari. Banyak artis orang Cina yang terkenal dari China, Malaysia, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat akan mengadakan pertunjukan kesenian selama 10 hari.
|