Projek "mecairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" gasolin, minyak diesel dan gas petroleum cecair daripada arang batu sedang dilaksanakan di pekan Uranmurun dan mukim Bulian di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China. Menurut maklumat, projek sumber air dan projek pemprosesan arang batu peringkat awal telah dilaksanakan.
Dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang, China akan mempercepat langkah pelaksanaan strategi "mencarikan arang batu untuk menghasilkan minyak" bagi mengurangkan kebergantungan terhadap barang keluar minyak yang diimport dari pasaran antarabangsa dan menyelesaikan masalah pencemaran yang semakin serius yang diakibatkan pembakaran arang batu. Sebagai langkah penting strategi tersebut, China memperuntukkan beberapa puluh bilion Yuan RMB untuk mengimport teknologi dari A.S. dan membangunkan perusahaan di Mongolia Dalam. Apabila projek itu dilaksanakan, minyak sebanyak lebih sejuta tong setahun akan dihasilkan daripada arang batu.
China menjadi negara pengimport minyak pada pertengahan tahun 1990-an. Menurut statistik badan kerajaan berkaitan, harga minyak antarabangsa China terus naik. Pada tahun 2000, jumlah minyak yang diimport mencatat 76 juta tong, manakala pada tahun 2001, jumlah minyak yang diimport mencatat lebih 100 juta tong.
Menurut pendapat pakar, jumlah penduduk China yang mampu menggunakan kereta persendirian semakin bertambah, ini akan mengakibatkan penggunaan minyak terus meningkat dengan tahap yang besar. Perubahan besar harga minyak antarabangsa pada masa ini mendorong pelaksanaan projek "mecairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" menjadi pilihan China untuk menyelesaikan masalah kekurangan minyak. Pakar Akademik Kejuruteraan China, Encik Li Dadong menyatakan, harga minyak antarabangsa akan terus naik dalam tempoh 30 tahun akan datang, menghasilkan minyak dengan teknik mencairkan arang batu merupakan salah satu cara bagi China menyediakan bekalan minyak melalui usaha sendiri. Sehubungan dengan itu, strategi "mecairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" harus dilaksanakan dengan segera untuk menjamin bekalan sumber tenaga China.
China kaya dengan arang batu dan menghasilkan minyak daripada arang batu merupakan impian China. Pada awal tahun 1980-an, penyelidikan menghasilkan minyak daripada arang baru dimulakan di China. Selepas itu, China melaksanakan pertukaran kepakaran sains dan teknologi dengan A.S., Jerman dan Jepun, sehingga China mempunyai hak harta intelek dalam bidang teknologi mencairkan arang baru yang penting, penyelidikan dan penerokaan agen pemangkinan serta simpanan teknologi pembangunan kemudahan pengeluaran minyak sebanyak 10 ribu tong.
Menurut maklumat, harga gasolin dan minyak diesel yang dihasilkan menggunakan teknologi "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" China dianggarkan kira-kira 20 dolar Amerika setiap tong, lebih rendah daripada harga minyak di pasaran antarabangsa yang ditetapkan oleh OPEC iaitu 22 hingga 28 dolar Amerika setiap tong. Ini mempunyai daya saingan dalam pasaran antarabangsa.
Arang batu menduduki 70% ke atas bekalan sumber tenaga China. Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar mengakibatkan pencemaran serius di China seperti hujan asid dan debu. Menurut para pakar, penggunaan teknologi "mencairkan arang batu untuk menghasilkan minyak" akan menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin serius di China pada tahap yang besar.
----Ching
|