Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-23 18:36:46    
Bandar Taiyuan Giat Sediakan Peluang Kerja untuk Orang Cacat

CRI
Encik Guo Fusheng berumur 37 tahun dan buta, beliau membuka sebuah Rumah Urut di pusat bandar Taiyuan. Rumah Urut itu dengan lantainya lebih 30 meter persegi dan mempunyai ruang yang bersih serta 7 buah katil urut yang rapi. Beberapa tukang urut professional sedang sibuk memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.

Encik Guo Fusheng berkata dengan bangga, "Kemahiran mengurut menjadikan saya lebih dihormati, keyakinan terhadap diri sendiri semakin tinggi dan mempunyai pendapatan seperti orang biasa dan saya bukan sahaja boleh berdiri di atas kaki sendiri, tetapi juga boleh menyediakan peluang kerja untuk orang lain".

Di bandar Taiyuan, terdapat lebih 42.8 ribu daripada 50 ribu orang cacat yang berkeupayaan bekerja telah mendapat peluang kerja berdasarkan kemahiran sendiri, dan nisbah yang sudah bekerja melebihi 86%.

Pada 20 Januari 2003, Persatuan Orang Cacat Bandar Taiyuan telah menyelenggarakan kursus latihan urut orang buta ke-17, dan menyediakan makanan serta tempat tinggal untuk para pelajar, semua kos bayaran untuk mengikuti latihan dan mendapatkan bahan adalah percuma, bagi para pelajar yang mahu mengikuti kursus itu, mereka bertanggungjawab menguasai kemahiran mengurut dengan baik.

Terdapat 621 orang buta di Bandar Taiyuan telah lulus dalam latihan mengurut dan mendapat kerja sebagai tukang urut. Setakat ini, di Bandar Taiyaun, terdapat lebih 8 ribu orang cacat telah mengikuti latihan kemahiran mengurut. Kerajaan Bandar Taiyuan menggubal beberapa dasar untuk menjamin orang cacat dapat menggunakan kemahiran mereka dalam masyarakat. Kerajaan Taiyuan menuntut pelbagai unit pentadbiran dan perusahaan mesti menyediakan peluang kerja untuk orang cacat berdasarkan nisbah 1.5%. Jika tidak dapat mencapai nisbah tersebut, mereka akan membayar sejumlah dana untuk jaminan kebajikan orang cacat kepada kerajaan.

Melalui pelaksanaan dasar keutamaan dan menyediakan peluang kerja itu, Bandar taiyuan amat meringankan tekanan badan kebajikan dalam urusan menyediakan peluang kerja kepada orang cacat sehingga jumlah orang cacat yang mendapat kerja telah mencatat 23.1 ribu orang.

Encik Ren Yuan, yang mengalami penyakit lumpuh otak yang teruk, mempunyai 4 anggota keluarga, dan kehidupan mereka bergantung kepada gaji ayahnya yang hanya berjumlah sedikit. Ren Yuan berminat terhadap kesusasteraan. Beliau menggunakan tanganya yang tidak begitu lincah dan berdasarkan semangat yang kuat, menggubah karya pertamanya yang bertajuk "Perjuangan" dan turut diundang oleh Persatuan Orang cacat Taiyuan sebagai wartawan khas Majalah "Suara Kuat". Menulis karangan merupakan cita-citanya dan cara untuk mencari rezeki. Naib Datuk Bandar Taiyuan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal orang cacat, Encik Yuan Gaosuo setelah mengetahui pengalaman perjuangan Ren Yuan, menulis kata pengantar untuk karyanya dan memberitahu Ren Yuan nombor telefonnya. Kedua-dua mereka menjadi kawan baik sekarang. Setiap kakitangan Persatuan Orang Cacat Bandar Taiyuan mempunyai satu brosur tentang berkawan dengan orang cacat. Tujuannya adalah untuk menyediakan bantuan kepada setiap orang cacat.

Baru-baru ini, Bandar Taiyuan telah menggubal "Beberapa Pendapat Tentang Menjamin Hak dan Kepentingan Orang Cacat" yang lebih sempurna. Encik Kong Fuliang, Ketua Ekskutif Persatuan Orang Cacat Bandar Taiyuan berkata, pada masa ini, kebanyakan orang cacat yang berkeupayaan bekerja di Taiyuan telah mempunyai kemahiran sendiri, mereka tidak bergantung kepada kerajaan lagi dan boleh berdiri di atas kaki sendiri. Persatuan Orang Cacat seharusnya mengubah cara bekerja yang lama, dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang cacat seperti latihan kerja dan menyediakan perkhidmatan di kawasan perumahan.

----AZMI