Dalam jangka masa panjang yang lalu, ramai penduduk Beijing, baik mereka yang bekerja, mahupun orang tua yang bersara, mempunyai kebiasaan menikmati sarapan di tepi jalan yang dikendalikan oleh pemilik restoran. Maklumlah keuntungan urus niaga sarapan tidak banyak dan kerjanya agak susah. Dalam rancangan hari ini, kami sampaikan pengenalan tentang sebuah restoran di Daerah Shunyi, Bandar Beijing, atas sokongan dasar keutamaan bekerja semula, bukan sahaja berjaya mencapai hasil dalam uruniaga sarapan, tetapi juga berjaya menyelesaikan masalah bekerja semula untuk ramai penganggur.
Pada pukul 9 malam, Syarikat Makanan dan Minuman Zongwang Bhd. yang terletak di Daerah Shunyi, Bandar Beijing mulai sibuk. Kesibukan tersebut biasanya berlanjutan sehingga subuh, kerana ia menyediakan 80% sarapan untuk penduduk Daerah Shunyi. Lebih setengah daripada 101 pekerja di sana pernah menganggur.
Puan Li Qiuju yang berumur 40 tahun ke atas pernah menganggur selama 2 tahun kerana majikannya bankrap. Pengalaman itu menjadikannya susah hati, beliau berkata, "Pada masa itu, saya tiba-tiba kehilangan kerja, dan memang tidak tahu buat apa. Saya menyara kedua-dua ibu bapa saya dan seorang anak kecil. Kerana usia saya sudah lanjut, iaitu 40 tahun lebih, saya agak susah mendapatkan kerja semula."
Selain membantu penganggur seperti Puan Li Qiuju mencari kerja, kerajaan Daerah Shunyi mendapati tempat sarapan yang bersih agak kurang di daerah tersebut. Dgn demikian, kerajaan Daerah Shunyi membantu satu perusahaan menerima sejumlah penganggur dan memulakan urus niaga sarapan. Setelah berusaha. Puan Li Qiuju dan ramai temannya akhirnya mendapat kerja semula. Puan Zhao Yanxia, Pengurus Besar Syarikat Makanan dan Minuman Zongwang Bhd. Memaklumkan, "Sewaktu mencari pekerja baru, kami mengutamakan penganggur terlebih dahulu. Umur mereka hampir sebaya dengan saya, dan saya berpendapat agak susah bagi mereka untuk mendapat kerja semula. Tambahan pula, kerajaan telah menggubal dasar keutamaan yang baik, kami perlu bertanggungjawab menyediakan kerja untuk mereka."
Pada pukul 4 pagi, kereta yang mengangkut sarapan sebanyak lebih 30 jenis bertolak ke 50 lebih Pusat Penjual Sarapan yang terletak di kawasan perumahan dan tempat yang dilalui ramai orang. Pada masa ini, penduduk Daerah Shunyi sudah biasa membelanjakan lebih kurang 3 yuan RMB untuk menikmati sarapan yang panas di Pusat Penjual Sarapan yang bersih setiap hari. Encik Kang, tukang masak yang bertugas membahagikan sarapan itu berkata, "Membahagikan dan menghantar sarapan sebenarnya menyediakan perkhidmatan kepada rakyat supaya mereka dapat menikmati sarapan yang memuaskan hati. Setelah mendapat kerja ini, saya berasa gembira dan bangga kerana dapat bekerja untuk orang ramai".
Untuk Menyelesaikan masalah menyediakan kerja untuk penganggur, kerajaan Daerah Shunyi menggubal beberapa dasar keutamaan untuk penganggur seperti mengurangkan cukai terhadap perusahaan yang menerima penganggur, menyediakan subsidi insurans sosial dan subsidi gaji. Naib Pengarah Biro Perburuhan dan Jaminan Sosial Daerah Shunyi, Encik Han Jing berkata, "Pertama, kami harus memeriksa keadaan kebersihan permis perniagaan tersebut dan menjamin penduduk berasa puas hati sewaktu menikmati sarapan; dan kedua, kami harus menjamin pendapatan para penganggur supaya kehidupan mereka dapat terjamin."
----AZMI
|