Menurut berita CRI: Biro Angkasa Lepas Eropah semalam mengumumkan di Paris bahawa alat pengesan "Mars Express" Eropah yang sedang berpusing di orbit Marikh telah mendapati kesan air di muka Marikh. Ini merupakan kali pertama bagi manusia mendapati air di muka planet itu.
Selain itu, NASA A.S. semalam menyatakan, mereka telah memulihkan hubungan dengan alat pengesan Marikh "Spirit". Alat pengesan itu telah memberi reaksi selayaknya berdasarkan arahan yang diberikan dari bumi dan menghantar data-data kira-kira 20 minit kepada bumi.
|