Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-24 18:26:09    
Pesakit yang Maut Akibat Selesema Burung di Vietnam Bertambah ke 6

CRI
Wartawan CRI melaporkan bahawa bahagian kesihatan Vietnam mengumumkan hari ini, pesakit yang maut akibat Selesema Burung di Vietnam bertambah ke 6 orang.

Selain itu, pegawai Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja berkata di Phnom Penh semalam, perebakan wabak Selesema Burung berlaku di satu Pusat Pemeliharaan di luar Bandar Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Manakala, pegawai WHO menyatakan di Hanoi semalam bahawa pelbagai negara dan kawasan yang sudah berlaku perebakan Selesema Burung harus secepat mungkin membunuh ayam dan itik yang terjangkit supaya dapat mengurangkan kebahayaan manusia terjangkit.

Pada hari yang sama, bahagian kesihatan Thailand telah mengesahkan bahawa seorang pesakit yang disyaki mengidap Selesema Burung terbunuh.

Dilaporkan pula bahawa selepas Jepun, Jawatankuasa Kesataun Eropah semalam telah melulus resolusi untuk mengumumkan bahawa mulai semalam, melarang akan mengimport ayam dan itik serta hasil yang berkaitan dari Thailand.