Wartawan CRI melaporkan, Kementerian Pertanian dan Perhutanan Korea Selatan semalam mengumumkan bahawa disebabkan orang dijangkiti wabak selesema burung di Thailand, Korea Selatan menghentikan pengimportan burung dan daging burung dari Thailand bermula semalam.
Dilaporkan, jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand semalam mengumumkan bahawa kerajaan Thailand sudah mengundang negara-negara yang dikesan wabak selesema burung menghadiri sidang pelbagai hala untuk membincangkan masalah mencegah wabak selesema merebak.
|