Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-26 16:01:13    
Jumlah Jualan Perisian dan Sistem Komputer China pada Tahun 2004 Dijangka Banyak Meningkat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China menjangka bahawa jumlah jualan perisian dan sistem komputer China pada tahun 2004 akan mencapai 210 bilion yuan RMB, meningkat kira-kira 30% berbanding tahun lalu.

Kementerian Industri Teknologi Maklumat dan Telekom China mengeluarkan statistik bahawa pada tahun lalu, jumlah jualan perisian dan sistem komputer China mencatat 160 bilion yuan RMB, meningkat 45% berbanding tahun 2002. Kerajaan China akan terus menyediakan iklim dasar yang baik dari segi pelaburan, penjualan, perlindungan hak cipta intelek dan pentadbiran kepada pembangunan perisian komputer, supaya jumlah jualan perisian dan sistem komputer China banyak meningkat pada tahun ini.