Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-26 18:37:57    
Pakar Berpendapat Prospek Perkembangan Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika Amat Baik

CRI

Wartawan CRI melaporkan, dimaklumkan dari pihak berkenaan bahawa pada tahun 2003 jumlah import eksport China terhadap Afrika meningkat kira-kira 50% berbanding tahun 2002. Jumlah perdagangan tahunan dijangka akan melebihi 18 bilion dolar Amerika. Pakar berpendapat bahawa prospek perkembangan ekonomi dan perdagangan China-Afrika amat baik.

Menurut statistik terkini Jabatan Kastan China bahawa jumlah perdagangan China-Afrika sudah berturut-turut tiga tahun melebihi 10 bilion dolar Amerika.

Pakar Kementerian Perdagangan China berkata, potensi kerjasama China dengan Afrika dalam bidang pembangunan pertanian, barangan industri ringan, makanan dan barangan mesin dan elektronik amat besar.