Menurut berita CRI, seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian Indonesia semalam membuktikan, Indonesia sudah dilanda penyakit selesema burung, tetapi belum ada bukti menunjukkan terdapat manusia yang dijangkat penyakit itu.
Pegawai tersebut dalam sidang akhbar berkata, sejak November tahun lalu, sudah terdapat 4.7 juta ekor ayam mati, terdapat 40% ayam yang mati dijangkiti virus selesema burung dan virus Newcastle secara serentak.
Hospital Sirirat Bangkok, Thailand hari ini membuktikan, seorang pesakit berusia 6 tahun yang dijangkit virus selsema burung sudah mati pagi ini di hospital itu, ini merupakan kes pertama pesakit selesema burung yang mati. Setakat ini, sudah terdapat 3 kes pesakit selsema burung dan sekurang-kurangnya 6 kes kebarangkalian.
Jabatan Kesihatan dan Kuarantin Chungcheongnam-do Republik Korea hari ini mendedahkan, satu padang ternakan ayam di bahagia barat Cheonan pada 24 Januari lepas sekali lagi dilanda penyakit selesema burung.
|