Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-27 18:49:14    
Beberapa Negara Ambil Tindakan Mencegah Penyakit Selesema Burung

CRI
Menurut berita CRI, sebuah hospital di provinsi Phitsanulok, Thailand hari ini mengumumkan bahawa seorang anak berumur 6 tahun telah meninggal dunia di hospital pagi tadi kerana dijangkiti selesema burung. Setakat ini, terdapat dua kes kematian akibat penyakit selesema burung di Thailand.

Dilaporkan lagi oleh Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan laporan kerajaan Vietnam, sehingga semalam jumlah pesakit dijangkiti selesema burung dan kes kebarangkalian penyakit itu sudah meningkat kepada 50 orang, 18 orang mati dan 6 kes kematian antara itu dipastikan akibat virus selesema burung.

Pegawai Kementerian Kesihatan Kemboja hari ini di Pnom-penh mengumumkan bahawa 2 kes kebarangkalian selesema burung yang baru telah dikesan di negara itu.

Menurut Agensi Berita Xinhua, setelah di Thailand, Vietnam dan Taiwan China dikesan penyakit selesema burung, beberapa negara telah mengambil tindakan menghentikan pengimportan daging burung dari negara-negara berkenaan untuk mencegah penyakit selesema burung merebak.

Biro Perubatan Haiwan Kementerian Pertanian Rusia semalam memutuskan untuk menghentikan pengimportan daging burung dari Thailand, Kemboja, Indonesia dan Taiwan China.

Pada hari yang sama, Biro Pertanian dan Perubatan Haiwan Singapura mengumumkan, melarang orang awam memasuki lima ladang penternakan ayam dan dua ladang penternakan burung puyuh, dan menggesa pekerja yang berkhidmat di ladang penternakan disuntikan vaksin selesema.

Kementerian Kesihatan Indonesia sudah mulai menjalankan pemeriksaan darah terhadap semua penternak burung ternakan untuk mengenalpasti sama ada orang dijangkiti virus selesema burung. Di samping itu, Indonesia juga akan menubuhkan kumpulan pengawasan selesema burung yang bertanggungjawab atas hal ehwal berkaitan.