Menururt berita CRI, Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, Jabatan Penyakit Haiwan Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan kenyataan bersama, menyeru masyarakat antarabangsa memberi bantuan kewangan dan teknologi kepada negara-negara yang berlaku penyakit selesema burung dan menjalankan kerjasama meluas untuk mencegah penyakit itu merebak.
Ketiga-tiga pertubuhan antarabangsa tersebut juga menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan kerjasama, memberi panduan kepada negara-negara anggota dan mengelakkan virus selesema burung dijangkiti manusia dan haiwan. Dilaporkan lagi, pegawai Kementerian Pertanian dan Kooperasi Thailand hari ini mengumumkan bahawa Bangkok, ibu negara Thailand telah disenaraikan dalam kawasan pencegahan dan pengawalan penyakit selesema burung.
Setakat ini, 25 provinsi antara 76 provinsi di Thailand sudah disenaraikan dalam kawasan pencegahan dan pengawalan penyakit selesema buurng. Tetapi penyakit di pelbagai tempat masih belum dikawal.
Satu sidang antarabangsa yang khusus membincangkan bagaimana mengawal penyakit selesema burung akan diadakan di Bangkok hari ini. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa berkaitan serta pegawai negara-negara yang berlaku penyakit selesema burung akan menghadiri sidang itu.
|