Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-30 12:50:30    
Orang China Sertai Cabaran Rali Paris-Dakar

CRI

Rali Paris-Dakar ke-26 yang disebut 'perlumbaan kereta yang paling sukar di dunia' telah diadakan di Afrika baru-baru ini. Antara 600 orang peserta rali itu, dua warga China telah menarik perhatian orang awam, kerana ini kali pertama pemandu kereta profesional dan kereta buatan China mengambil bahagian dalam Rali Paris-Dakar.

Pengasas Rali Paris-Dakar, warga Perancis, Thierry Sabine memberi penilaian kepada perlumbaan itu seperti berikut: 'perlumbaan ini merupakan cabaran besar bagi peserta manakala ia merupakan impian bagi orang yang tidak pernah menyertai perlumbaan ini.' Lari Paris-Dakar yang mula diadakan pada tahun 1979 adalah perlumbaan kereta yang paling berprestij, paling jauh dan paling sukar di dunia. Ia diadakan sekali setiap tahun. Perlumbaan kali ini bermula dari Clermont-Ferrand, Perancis pada 1 Januari, dalam tempoh 18 hari, para peserta akan melalui negara Perancis, Sepanyol, Maghribi, Mauritania, Mali, Burkina Faso, sehingga ke Dakar, ibu negara Senegal, jauhnya 10 ribu kilometer.

Sebanyak dua buah kereta peserta China menyertai perlumbaan kali ini iaitu kereta jenis Paladin dan Mitsubishi. Antaranya, dua buah kereta lumba, dua kereta mekanik dan sebuah kereta sokongan yang bibuat di China dan ini kali pertama kereta buatan China menyertai perlumbaan kereta antarabangsa yang berprestij. Walau bagaimanapun, Lu Ningjun dan Luo Ding, pemandu utama dua buah kereta China itu menetapkan matlamat mereka iaitu menamatkan semua perjalanan perlumbaan. Pada 13 Januari lalu, Lu Ningjun setelah menamatkan perlumbaan fasa ke-9 iaitu fasa yang paling sukar, beliau berkata,

"Saya berpuas hati dapat menamatkan perlumbaan sehingga kini. Saya menyertai perlumbaan ini selama kira-kira 20 jam sehari di padang pasir Sahara yang cuaca panasnya luar biasa. Biasanya saya tidak makan tengah hari dan kerana itu saya berasa amat letih. Di samping itu, kami juga menghadapi banyak kesukaran. Misalnya kereta kami terperangkap dalam pasir sebanyak 7 atau 8 kali sehari. Selain itu kami juga kehilangan arah."

Lu Ningjun menambah bahawa peserta, wartawan dan pekerja juga mungkin menghadapi bahaya dirompak. Dalam tempoh 25 tahun lalu, seramai 30 orang maut dalam perjalanan perlumbaan itu. Oleh yang demikian, keselamatan dan kerjasama antara peserta merupakan faktor yang paling penting dalam Rali Paris-Dakar. Lu Ningjun berkata,

"Selain memastikan keselamatan nyawa sendiri, kami juga harus membantu orang lain kerana kereta kami berada di kedudukan paling belakang konvoi itu dan apabila kereta di hadapan kami terperangkap dalam pasir atau rosak, kami perlu membantu mereka. Lantaran itu, semangat persahabatan dan bantu-membantu merupakan teras Rali Paris-Dakar."

Lu Ningjun yang berumur 46 tahun adalah salah seorang pemandu profesional lumba kereta generasi pertama di China. Beliau gagal dalam Perlumbaan Kereta Merentas Desa Paris-Moscow-Beijing pada 12 tahun lalu. Lu Ningjun berkata,

"Antara perjalanan sepanjang 7 ribu kilometer yang saya lalui, terdapat 3 ribu kilometer bukan kami sertai perlumbaan, tetapi menghadapi pelbagai tekanan dan kesukaran. Kesukaran dan tekanan ini lebih besar berbanding perlumbaan. Beruntunglah, semuanya sudah berlalu."

Thierry Sabine yang sudah meninggal dunia pernah berkata, "Saya telah membuka pintu bagi ekspedisi yang besar ini dan kamu akan menghadapinya." Seiring dengan pertumbuhan ekonomi China yang stabil dan perkembangan lumba kereta, Lu Ningjun dan Luo Ding bukan peserta China yang terakhir mengambil bahagian dalam Rali Paris-Dakar, semakin ramai warga China akan menyertai perlumbaan itu. Menjadi johan dalam Rali Paris-Dakar merupakan impian ramaipemandu kereta lumba China.

----Wang Jin