 Sidang Peringkat Menteri tentang Situasi Wabak Selesema Burung selama sehari telah ditutup di Bangkok, ibu negara Thailand semalam. Pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan bersama, memastikan bahawa wabak selesema burung sudah memberi ancaman yang serius kepada sebahagian negara dan kawasan Asia. Mereka telah menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kerjasama untuk mengatasi wabak selesema burung.
Dari Disember tahun lalu, wabak selesema burung berlaku di 10 negara dan kawasan dan Asia, jutaan ekor ayam maut atau dibunuh, malah di Vietnam dan Thailand ada manusia mati akibat selesema burung. Untuk memberi penilaian terhadap wabak selesema burung di Asia, mengemukakan langkah berkesan untuk mengatasinya serta menetapkan prinsip kerjasama, kerajaan Thailand menganjurkan untuk mengadakan sidang kali ini. Wakil-wakil dari 13 buah negara dan kawasan termasuk Thailand, China, Hong Kong China, Kemboja, Indonesia, Jepun, Vietnam, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Singapura, A.S., dan tiga pertubuhan antarabangsa antaranya Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan Jabatan Penyakit Haiwan Antarabangsa telah menghadiri sidang kali ini. Kesatuan Eropah juga menyertai sidang itu sebagai anggota pemerhati.
Para wakil terlebih dahulu telah membuat penilaian terhadap situasi wabak selesema burung di Asia kini. Mereka berpendapat bahawa wabak selesema burung kini bukan sahaja telah menimbulkan kerugian besar di beberapa negara dan kawasan, tetapi juga telah mengancam kesihatan orang awam. Walaupun belum dikenalpasti sama ada virus H5N1 merebak dari manusia ke manusia, tetapi jika wabak selesema burung terus merebak, variasi virus itu berkemungkinan merebak dari manusia ke manusia.
Untuk mengelakkan wabak itu terus merebak, negara dan kawasan yang berlaku selesema burung mesti mengambil tindakan pencegahan dan pengawalan yang berkesan. Tindakan itu termasuk: membunuh semua burung ternakan yang mungkin sudah dijangkiti wabak itu, mengasingkan kawasan tercemar, meningkatkan pengawasan penyakit, menyekat pengangkutan burung ternakan, mengasingkan dan merawati pesakit selesema burung dan lain-lain. Para wakil juga menegaskan pentingnya untuk meningkatkan ketelusan dan membolehkan orang awam mengetahui keadaan penyakit.
Berkenaan dengan itu, mereka juga berpendapat, negara dan kawasan yang berlaku wabak selesema burung dengan kooperasi pertubuhan antarabangsa yang berkaitan mengambil tindakan berkesan untuk mengawal penyakit. Di samping itu, memangkin kerjasmaa serantau dan antarabangsa, menubuhkan jaringan pertukaran maklumat yang pantas dan betul, meningkatkan keupayaan amaran awal, serta menubuhkan jaringan pengawasan perubatan haiwan serantau. Serentak itu, bersama-sama menjalankan pengkajian, menikmati pengalaman, menghasilkan alat ujian, vaksin dan ubat, dan mengurangkan ancaman penyakit berjangkit haiwan. Mereka juga menyeru masyarakat antarabangsa memberi bantuan kepada negara dan kawasan yang berlaku wabak selesema burung.
Penganalisis di Asia Tenggara berpendapat, sidang kali ini mencerminkan keupayaan reaksi pantas rantau Asia terhadap peristiwa penting, menandakan bahawa kerajaan pelbagai negara mementingkan wabak selesema burung dan bertanggungjawab atas keselamatan kesihatan haiwan di dunia, dan juga mencerminkan kerajaan pelbagai negara semakin mengutamakan kerjasama serantau tentang penyakit haiwan yang besar. Mereka percaya bahawa melalui usaha bersama negara dan kawasan di Asia serta pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, wabak selesema burung yang berlaku di beberapa negara dan kawasan Asia pasti akan dikawal dan dihapuskan dalan jangka singkat.

Wakil China dalam Sidang Peringkat Menteri tentang Situasi Wabak Selesema Burung
|