Bandar Guangzhou sudah bersejarah lebih 2200 tahun dan merupakan pusat politik, ekonomi, sains, pendidikan dan kebudayaan Provinsi Guangdong. Guangzhou juga merupakan pusat lalu lintas, telekomunikasi dan laluan perdagangan luar yang terbesar dan paling penting di China selatan. Seiring dengan penubuhan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN, pelbagai negara ASEAN, China khususnya Guangzhou telah menghadapi peluang pembangunan yang sangat berharga. Sebagai kawasan yang dekat dengan ASEAN, Guangzhou mempunyai 6 keunggulan dalam kerjasama dengan ASEAN.
Pertama, daya ekonomi Guangzhou kuat, dalam lebih 20 tahun sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan, ekonomi Guangzhou bertumbuh pesat, kadar peningkatan KDNK purata setiap tahun melebihi 14%. Pada tahun 2002, jumlah nilai KDNK Guangzhou mencapai lebih 300 bilion Yuan RMB.
Kedua, Guangzhou mempunyai tradisi dalam bidang buka pintu. Pada dinasti Han, barisan kapal China sudah bertolak dari Guangzhou belayar ke Asia tenggara dan Asia selatan. Mulai dinasti Han dan dinasti Tang, Guangzhou merupakan tempat bertolak "Laluan Sutera" laut, pada dinasti Ming dan Qing, Guangzhou merupakan satu-satunya bandar pelabuhan perdagangan luar. Sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, Guangzhou telah mempercepat ekonomi yang berorientasikan eksport dan memasuki arena antarabangsa.
Guangzhou berdekatan dengan ASEAN, hubungan ekonomi dan perdagangan antara Guangzhou dan ASEAN sangat erat. ASEAN merupakan salah satu rakan kerjasama yang erat kepada Guangzhou. Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak dari Januari hingga September tahun lalu mencapai 1.5 bilion Dolar Amerika, meningkat 41.1% daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Sehingga penghujung September tahun lalu, terdapat 32 projek pelaburan dari Guangzhou ke negara ASEAN dengan jumlah pelaburan tersebut mencapai 11.98 juta Dolar Amerika, melibati sektor industri ringan, permesinan, buatan ubat, pembinaan, penjualan, iklan dan lain-lain. Jumlah pelaburan dari ASEAN ke Guangzhou juga meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sekarang, terdapat 295 projek pelaburan dari ASEAN di Guangzhou dengan jumlah pelaburannya mencapai 750 juta Dolar Amerika, melibat sektor industri petro-kimia, elektronik, permesinan, alat ganti, makanan dan lain-lain, projek pelaburan dari ASEAN di Guangzhou sudah mempunyai skop yang tertentu, taraf teknologi ditingkatkan secara berterusan.
Ketiga, iklim pelaburan Guangzhou sangat baik. Guangzhou selamanya memperketat pembinaan infrastruktur yang bersesuaian dengan bandaraya yang moden, meningkatkan pembinaan lapangan terbang, pelabuhan dan pusat maklumat. Pusat Pameran antarabangsa Guangzhou paling besar di Asia dan nomber kedua di dunia.
Keempat, sumber industri dan tenaga manusia di Guangzhou sangat banyak. Guangzhou merupakan pangkalan industri yang penting di China, pembuatan kenderaan, maklumat elektronik dan industri petro-kimia merupakan 3 tonggak industri.
Taraf sains dan teknologi Guangzhou sangat tinggi, sumber tenaga manusia sangat kaya. Di Guangzhou terdapat 31 universiti dan kepelbagaian sistem pendidikannya. Jumlah graduan setiap tahun mencapai lebih kurang 300 ribu orang, jumlah tenaga profesional mencapai lebih sejuta, sama sekali mematuhi permintaan pelbagai perusahaan dalam pelbagai peringkat.
Kelima, kerajaan Guangzhou menyediakan iklim pentadibran dan perkhidmatan yang baik kepada pelabur. Kerajaan Guangzhou sangat pragmatik dan telah menubuhkan sistem pasaran yang adil, terbuka dan bercorak persaingan, untuk bersesuaian dengan peraturan WTO, Guangzhou sedang mengubah fungsi kerajaan, menubuhkan kerajaan yang mentadbir di sisi undang-undang, bersih, rajin, pragmatik dan mempunyai keberkesanan yang tinggi.
Dan keenam, Guangzhou sedang meningkatkan lagi kerjasama dengan ASEAN. Guangzhou akan dengan peluang penubuhan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN, mengambil tindakan yang berkesan, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan ASEAN dan berkembang bersama-sama. Yang pertama, Guangzhou akan meningkatkan komunikasi dengan kerajaan pelbagai negara ASEAN, menubuhkan mekanisme kerjasama perdagangan melalui komunikasi dan muafakat yang menyeluruh. Kedua, Guangzhou meningkatkan kerjasama perindustrian dengan negara anggota ASEAN, secara penuh menggunakan keunggulan Guangzhou dalam bidang modal, teknologi, maklumat, tenaga profesional dan pasaran, saling melengkapi dengan keunggulan ASEAN dalam sumber alam dan pekerja. Ketiga, meningkatkan pertukaran dengan pertubuhan pengantara dan pertubuhan sektor, meningkatkan peranan yang penting pertubuhan pengantara untuk mendorong kerjasama dan pertukaran antarabangsa, memperluas pasaran antarabangsa, meningkatkan hubungan antara Guangzhou dan pertubuhan pengantara ASEAN melalui pelbagai cara, supaya pertubuhan pengantara tersebut boleh menjadi jambatan untuk menyediakan perkhidmatan yang baik kepada perusahaan Guangzhou dan ASEAN. Dan keempat, mendorong kerjasama perusahaan swasta antara Guangzhou dan ASEAN, secara selanjutnya memperluas kerjasama antara perusahaan swasta Guangzhou dengan negara ASEAN, menggalakkan perusahaan swasta yang mempunyai taraf teknologi tinggi melabur di ASEAN.
Pembangunan Guangzhou akan menyediakan peluang besar dan lapangan yang luas terhdap kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangzhou dan ASEAN. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Guangzhou dan ASEAN sangat erat, ekonomi boleh saling melengkapi dan mempunyai asas yang kukuh untuk meningkatkan lagi kerjasama. ----Andika
|