Menurut Agensi Berita Xinhua, Menteri Penyelarasan Kesejahteraan Rakyat Dan Pembanterasan Kemiskinan Indonesia menyatakan hari ini bahawa Presiden Megawati telah mengarahkan membunuh semua ternakan yang dijangkiti virus selesema burung. Kerajaan Indonesia mengumumkan secara rasmi wabak selesema burung berlaku pada 25 Januari.
Badan media Thailand melaporkan hari ini, Naib Menteri Pertanian Thailand berkata bahawa seiring dengan pemeriksaan terhadap ternakan di seluruh negara, sekurang-kurangnya di 10 provinsi lagi telah mengesan selesema burung, iaitu sekurang-kurang terdapat 10 provinsi akan diumumkankan sebagai kawasan wabak selesema burung.
Diberitakan lagi, professor Vietnam berkata hari ini bahawa setakat semalam, pesakit dan pesakit kebarangkalian selesema burung telah mencapai 55 orang, antaranya 18 orang maut.
|