Menurut berita dari Kementerian Perdagangan China, Sidang Menteri Kewangan Negara Anggota ASEAN diadakan di Indonesia untuk membincangkan bagaimana mempercepat penyusunan semula ekonomi negara anggota ASEAN untuk menghadapi cabaran integrasi ekonomi sejagat.
Menteri Kewangan dari 10 negara anggota ASEAN berpendapat, sebelum Zon Dagangan Bebas China-ASEAN ditubuhkan, negara anggota ASEAN harus menyelesaikan penyusunan semula dalam 11 sektor, termasuk kayu, getah, kenderaan, tekstil, barang elektronik, pertanian, perusahaan maklumat, perikanan, kesihatan, penerbangan awam dan pelancongan. Sidang kali ini juga akan membincangkan cadangan daripada Thailand dan Singapura untuk membuka ruang udara kedua-dua negara itu.
|