Menurut Agensi Berita China, statistik menujukan bahawa dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina tahun ini, China telah dikunjungi oleh pelancong sebanyak lebih 63 juta orang dan mencapai pendapatan lebih 28.9 bilion yuan RMB, kedua-dua angka itu telah bertambah berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu; serentak itu, 90% pelancong merasa puas hati terhadap perkhidmatan pelancongan yang disediakan.
Difahamkan, dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina ini, pelbagai aktiviti pelancongan di pelbagai tempat di China telah diadakan. Di Beijing, lebih 30 aktiviti meriah telah diadakan dan telah menarik lebih ramai pelancong dari tempat lain. Kota Haerbin, timur laut China telah mengadakan pameran lampu ais dan ski untuk menarik pelancong.
|