Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-01-31 15:52:40    
China Hentikan Eksport Ternakan Provinsi Hubei dan Hunan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Tabatan Pentadbiran Am Pengawalan, Pemeriksaan dan Kuarantin Mutu Negara China mengeluarakan pemberitahuan mendesak semalam, menuntut Provinsi Hubei dan Hunan menghentikan eksport ternakan dengan segera, menghentikan buat sementara provinsi An Hui, Guangdong dan bandaraya Shanghai eksport ternakan dan penjualan ternakan ke Hong Kong dan Makau.

Kementerian Perdagangan China menuntut pembagai tempat meningkatkan pengawalan pasaran dan mencegah selesema burung. Dewan Negara China semalam memutuskan untuk menubuhkan Pejabat Pencegahan Selesema Burung China. Kerajaan China telah mengambil tindakan termasuk membunuh ternakan dan menjalankan kuarantin dengan tegas di kawasan wabak selesema burung. Ini telah mengawal wabak dengan berkesan serta telah memaklumkan keadaan wabak kepada pertubuhan antarabangsa berkenaan.

Selepas wabak selesema burung berlaku di Wuxue, Hubei dan Wugang, Hunan China, kerajaan tempatan mengambil tindakan yang berkesan dengan segera untuk mengawal wabak itu. Setakat pagi ini, ternakan di kawasan wabak telah semua dibunuh, jadi wabak tidak merebak lagi. Kes kebarangkalian selesema burung telah berlaku di Anhui, Guangdong dan Shanghai, kerajaan tempatan telah mengambil tindakan segera termasuk membunuh ternakan dan menjalankan kuarantin dengan tegas.