Menurut Agensi Berita Xinhua China, 2 Februari merupakan Hari Paya Dunia ke-8. Pegawai Biro Perhutanan Negara China hari ini di Beijing menyatakan bahawa China akan terus berusaha memperluas kawasan perlindungan paya, menubuhkan 25 buah kawasan perlindungan paya di China dalam tempoh 7 tahun yang akan datang.
Berdasarkan rancangan perlindungan paya yang ditetapkan, China akan memulihkan lebih 70 hektar kawasan paya serta 38 hektar kawasan pembiakan haiwan liar dalam masa 7 tahun akan datang.
|