Jurucakap Penerangan Biro Statistik Bandar Beijing Puan Yu Xiuqin baru-baru ini memaklumkan, setelah mengatasi landaan serius perebakan wabak SARS, ekonomi bandar Beijing telah mencapai kejayaan yang lebih baik daripada jangkaan pada tahun 2003. KDNK seluruh bandar dan kadar peningkatan pendapatan penduduk di bandar dan desa sama-sama melebihi 10%, keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi di Beijing terus meningkat.
Pada tahun 2003, perebakan wabak SARS menjejaskan serius pertumbuhan ekonomi di bandar raya Beijing, antaranya industri perkhidmatan khususnya industri pelancongan terjejas paling hebat. Menurut jangkaan awal, KDNK tahunan di bandar Beijing yang berkurangan akibat perebakan wabak SARS berjumlah 5.6 bilion Yuan RMB, sehingga kadar pertumbuhan ekonomi menurun.
Walaupun demikian, KDNK Beijing tetap melebihi 360 bilion Yuan RMB pada tahun 2003. Selain itu, beberapa dasar berkaitan mengurangkan kutipan cukai yang dikeluarkan oleh kerajaan bandar Beijing dalam tempoh perebakan wabak SARS juga mendorong pemulihan dan perkembangan kalangan yang terjejas seperti sektor industri perlancongan. Puan Yu Xiuqin berpendapat, pertumbuhan ekonomi di bandar raya Beijing telah dinormalkan dan menunjukkan ciri-ciri baru. Beliau menyatakan:"Walaupun terjejas akibat perebakan wabak SARS, akan tetapi kecepatan pertumbuhan ekonomi di bandar Beijing tetap mencatat 10.5%, ini bermakna ekonomi di Beijing pulih berkembang. Ciri-ciri utama pertumbuhan ekonomi di Beijing pada tahun 2003 ialah penyusunan semula struktur perusahaan berkembang pesat, khususnya struktur industri kenderaan."
Dimaklumkan, sebab utama pertumbuhan ekonomi di bandar Beijing pada tahun 2003 adalah perkembangan industri kenderaan, besi dan besi waja serta pemprosesan minyak, antaranya kadar sumbangan sektor pengeluaran kenderaan menduduki 1/6 daripada ekonomi seluruh bandar.
Pada tahun 2003, jumlah import eksport di bandar Beijing melebihi 68 bilion dolar Amerika, meningkat 30% daripada tahun 2002 dalam tempoh yang sama. Kerana suasana pelaburan terus diperbaiki, jumlah pelaburan asing yang digunakan di bandar Beijing terus meningkat. Jumlah pelaburan asing yang digunakan dalam tempoh seluruh tahun mencatat lebih 2 bilion dolar Amerika, meningkat kira-kira 20% daripada tahun 2002 dalam tempoh yang sama.
Selain itu, pelaburan dan penggunaan juga mendorong pertumbuhan ekonomi di bandar Beijing. Puan Yu Xiuqin menyatakan:"Keyakinan dan harapan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi di bandar Beijing telah ditingkatkan. Perubahan positif telah ditunjukkan dalam bidang pelaburan. Pertama ialah pelaburan untuk meningkatkan taraf teknologi banyak ditingkatkan dan kedua nisbah pelaburan bukan milik negara terus ditingkatkan. Selain itu, taraf penggunaan penduduk bandar Beijing meningkat dengan pesat dan mencapai taraf tertinggi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini."
Puan Yu Xiuqin juga menyatakan, trend pertumbuhan ekonomi di bandar Beijing akan dikekalkan pada tahun 2004. Beliau berkata:"Pada tahun 2004, syarat yang bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi di bandar Beijing lebih banyak. Berdasarkan jangkaan, KDNK pada tahun 2004 akan mencatat hampir 400 bilion Yuan RMB."
----Ching
|