Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand hari ini di Bangkok berkata, seorang pesakit yang disyaki mengidap Selesema Burung yang berumur 4 tahun telah terbunuh pagi tadi di Provinsi Khon Kaen, bahagian timur laut Thailand. Setakat ini, Thailand telah mengesan 4 orang mengidap penyakit Selesema Burung, dan antara mereka, 3 orang sudah terbunuh. Manakala, pesakit yang disyaki mengidap Selesema Burung berjumlah 18 orang, antara mereka, 11 orang terbunuh.
Institut Penyakit Kawasan Tropika Hamburg Jerman memaklumkan semalam bahawa seorang wanita Jerman yang disyaki mengidap Selesema Burung sedang dirawat di Institut itu dan seorang wanita lain yang pernah berkontak dengannya juga dirawat.
Dimaklumkan bahawa wanita tersebut mengidap penyakit yang disayki Selesema Burung setelah kembali dari Thailand baru-abru ini.
|