Wartawan CRI melaporkan bahawa dimaklumkan oleh Pusat Sains Angkasa Lepas dan Penggunaan Akademi Sains China, hari ini, China telah berjaya menyelesaikan ujian bersama kali terakhir kemudahan "Satelit "Penyelidik II"—iaitu satelit kedua dalam "Rancangan Penyelidikan 2 Satelit Angkasa Lepas" yang dikongsikan oleh China dengan Biro Angkasa Lepas Eropah.
Kemudahan tersebut mengandungi 5 buah peralatan penyelidik yang dihasilkan oleh pihak China dan 3 buah peralatan penyelidik yang dihasilkan oleh pihak Eropah serta 7 buah peralatan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Pakar berkenaan memaklumkan bahawa satelit itu akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini.
|