|
Wartawan CRI melaporkan bahawa dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Malaysia hari ini, kerajaan Malaysia telah secara menyeluruh melaksanakan mekanisme kurantin, 3 bahagian utama termasuk kesihatan, pertanian dan tenaga manusia telah bersama-sama mengambil pelbagai tindakan untuk mencegah perebakan wabak Selesema Burung yang sudah berlaku di Asia.
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Chua Jui Meng menyatakan semalam bahawa Malaysia akan melaksanakan mekanisme pencegahan SARS untuk mencegah perebakan wabak Selesema Burung. Serentak itu, beliau menegaskan bahawa setakat ini, baik manusia mahupun ayam, Malaysia tidak mengesan kes pesakit Selesema Burung.
|