Dalam seminar yang bertema: "Misi dan peluang pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara" yang diadakan baru-baru ini, para pakar dan sarjana dengan sebulat suara berpendapat, dalam tempoh lebih satu abad yang lalu, pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara telah menjadi kumpulan penting mendorong kemajuan negara, mempercepat langkah China mencapai tamadun antarabangsa.
Dalam sejarah perkembangan tamadun moden China, orang ramai dapat diketahui, pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara memainkan peranan penting dalam perkembangan itu.
Antara 23 pegawai yang menyertai projek pelancaran bom hidrogen, bom atom dan sebuah satelit yang dipuji oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara China, 21 orang merupakan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara dan kembali bertugas di China; antara 629 ahli akademik dari Akademi Sains China, 81% merupakan bekas pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara; manakala antara 423 ahli akademik dari Akademi Kejuruteraan China, 54% merupakan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Dalam pelaksanaan projek penyelidikan dan pengajian sains dan teknologi negara yang penting, rancangan penyelidikan dan pengajian sains dan teknologi "863", "Projek berpuluh juta tenaga profesional" yang dilaksanakan oleh 7 kementerian China termasuk Kementerian Personal China dan "Projek inovasi pengetahuan" yang dilaksanakan oleh Akademi Sains China, separuh tenaga profesional yang dipilih merupakan pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Tahun 1978 merupakan masa penting dalam sejarah pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada tahun itu, Mendiang Deng Xiaoping mengeluarkan peraturan penting untuk menambah jumlah pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara, ini merapatkan jurang perbezaan antara China dengan negara maju di dunia. Sejak tahun 1980-an, kerajaan menghantar lebih 20 ribu pelajar untuk melanjutkan pelajaran di luar negara purata setiap tahun. Dalam tempoh 25 tahun sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, jumlah pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara melebihi 580 ribu orang, 150 ribu antara mereka telah menyelesaikan pelajaran mereka dan balik ke China.
Seiring dengan ekonomi China berkembang dengan pesat, pada tahun-tahun kebelakangan ini, sejumlah besar pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara balik ke tanah air untuk bertugas di pelbagai jabatan kerajaan dan sektor swasta. Selain membawa balik banyak teknologi tinggi, mereka juga membawa balik pengalaman pengurusan perusahaan negara maju. Menurut Pengarah Bahagian Sumber Tenaga Profesional Suruhanjaya Pengurusan Taman Sains dan Teknologi Zhongguancun Encik Wang Liping, pelajar China yang melanjutkan pelajaran di luar negara mempunyai banyak ciri-ciri tersendiri. Misalnya, mereka lebih jelas terhadap hak saham semasa menyelenggarakan perusahaan; mereka mengetahui bagaimana menggunakan modal antarabangsa dan menceburkan diri dalam tugas mereka; perusahaan yang diselenggarakan oleh mereka lebih efisien, dapat dipercayai dan di sisi undang-undang.
----Ching
|