Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-02-04 17:52:33    
Cerita tentang Berangan Selepas Musim Menuai

CRI
Di China, berangan yang digoreng dengan gula merupakan salah satu makanan ringan yang paling disuka oleh rakyat biasa. Di bandar Beijing, jumlah pengeluaran berangan di Daerah Huairou biasanya menduduki tempat pertama pada masa yang lalu, tetapi pada tahun 2003, jumlah pengeluaran berangan di Kaunti Miyun menduduki tempat pertama. Ini kerana mulai beberapa tahun yang lalu, Kaunti Miyun melaksanakan dasar memulihkan penanaman pokok di kawasan pertanian yang dilaksanakan secara berkelebihan dan secara menyeluruh menggalakkan penanaman tanaman tradisional yang mengutamakan berangan. Setakat penghujung tahun 2003, keluasan penanaman berangan di Kaunti Miyun telah mencapai lebih 20 ribu hektar dan jumlah pengeluaran tahunan mencapai lebih 100 ribu kilogram. Penyusunan semula pembentukan industri mendatangkan perubahan yang menggembirakan kepada kaum petani. Bagaimanapun, jumlah pengeluaran sudah meningkat, kaum petani turut menghadapi masalah penjualan. Kerana mereka pernah mengalami kesulitan seumpama itu, iaitu walaupun jumlah pengeluaran meningkat, tetapi pendapatan tetap sama.

Encik Meng Fanming, seorang penanam berangan di Kampung Xiwanzi, Pekan Shancheng, Kaunti Miyun, Bandar Beijing, berkata kepada wartawan CRI, "Pada masa dahulu, terutamanya pedagang swasta dan penjaja datang ke sini membeli berangan, harganya lebih 2 yuan RMB sekati, paling mahal pun 2.6 yuan RMB sekati, kalau menjual kepada mereka, kami selalu rugi".

Bagaimana menjamin kepentingan hampir 100 ribu penanam di Kaunti Miyun, benar-benar menikmati keuntungan baik dalam bidang pengeluaran maupun dalam bidang penjualan, Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pertanian Kaunti Miyun Encik Zhang Tianjie memaklumkan kepada wartawan CRI, "Pada masa itu, pemimpin kerajaan Kaunti Miyun mengemukakan cadangan bahawa mereka harus menyokong industri utama yang ditetapkan oleh kami sendiri, berdasarkan ekonomi pasaran, kami bukan sahaja menanam berangan, tetapi juga akan menjadikannya sebagai duit, dan mengalihkan keluaran kami yang unggul kepada barangan komersial yang unggul. Dengan demikian, kami mengajak perusahaan pemprosesan yang besar melabur di sini".

Setelah tertarik dengan dasar perdagangan dan pelaburan Kaunti Miyun, Syarikat Makanan Lvrun Bhd.—sebuah perusahaan pemprosesan berangan yang besar dari Provinsi Shandong, bahagian timur China, membuka cawangannya di Kaunti Miyun. Pengurus Besar syarikat tersebut Encik Liu Yubo memaklumkan kepada wartawan CRI, "Pada masa ini, jumlah pemprosesan tahunan kami mencatat 5 ribu tan, dan akan ditingkatkan ke 10 ribu tan tahun depan. Setakat tahun 2006, kami berusaha meningkatkan jumlah tersebut ke 15 ribu tan. Pendek kata, jumlah pemprosesan berangan tahunan kami pasti akan lebih tinggi daripada jumlah pengeluaran berangan tempatan."

Setelah mendapat sokongan perusahaan pemprosesan yang besar, dan penjualan berangan dapat dijamin, para penanam berasa agak lega. Encik Meng Fanming, seorang penanam berangan di Kampung Xiwanzi, Pekan Shancheng, Kaunti Miyun, Bandar Beijing berkata kepada wartawan CRI, "Sekarang kami boleh menjual berangan dengan harga lebih 4 yuan RMB sekati dan harga itu akan lebih mahal sewaktu Tahun Baru China. Keluaran yang ditanam oleh sendiri boleh dijual dengan harga yang berpatutan, saya berasa gembira sekali".

Bagaimanapun, berdasarkan ekonomi pasaran, walaupun perusahaan pemprosesan boleh menjamin jumlah pembelian berangan, tetapi untuk mengurangkan kos barangannya, juga akan berusaha menawarkan harga pembelian terhadap bahan mentah iaitu berangan. Sebagai pihak yang mengetuai kepentingan kaum petani menjadi kaya, Kaunti Miyun bagaimana menjadikan kedua-dua pihak perusahaan dan petani boleh mendapat faedah yang memuaskan hati? Pada masa itu, Persatuan Berangan Kaunti Miyun—satu persatuan kerjasama petani yang tidak bertujuan mencari keuntungan ditubuhkan.

Encik Zheng Boxiang, seorang penanam berangan di Kampung Xiwanzi, Pekan Shancheng, Kaunti Miyun, Bandar Beijing berkata kepada wartawan CRI, "Melalui Persatuan Berangan Kaunti Miyun, kami boleh mengetahui harga yang paling murah, dan menjelaskan keadaan kepada para penanam supaya hasil tanaman mereka boleh dijual dengan harga yang berpatutan. Misalnya, jika harga pembelian di tempat lain ialah lebih 4 yuan RMB, harga yang ditawarkan oleh perusahaan di sini juga sama, jika dijual ke tempat lain, harus ditambah untuk menampung kos pengangkutan, ini tidak begitu sesuai, kami memilih akan menjual berangan di sini."

Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pertanian Kaunti Miyun Encik Zhang Tianjie memaklumkan kepada wartawan CRI, "Persatuan Berangan Kaunti Miyun hanya satu persatuan kerjasama yang terdiri daripada puluhan keluarga petani, mereka mengadakan pilihan harga antara beberapa perusahaan pemprosesan supaya dapat menjamin kepentingan sendiri. Pada masa akan datang, kami akan menyempurnakan persatuan tersebut dan mengeratkan hubungan antara perusahaan pemprosesan, pertubuhan kerjasama dan kaum petani supaya dapat menjadikan pembentukan industri kami lebih sempurna dan lebih rasional."

----AZMI