Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa pakar perlindungan alam sekitar China Encik Wu Xiangde ketika menyampaikan ucapan dalam Seminar Perlindungan Sumber Paya yang diadakan di Yaounde semalam telah menyeru, masyarakat antarabangsa harus mementingkan perlindungan terhadap sumber paya supaya dapat secara berterusan menggunakan sumber paya dan mendatangkan faedah kepada manusia.
Beliau berkata, dalam tempoh 30 tahun lalu, walaupun masyarakat antarabangsa mencapai hasil yang tertentu dalam bidang perlindungan alam sekitar, tetapi persekitaran keseluruhan sejagat terus memburuk sehingga amat membahayakan kehidupan manusia dan perkembangan sosioekonomi. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China semakin meningkatkan perlindungan terhadap ekologi alam sekitar dan mencapai kemajuan besar dalam bidang perlindungan paya.
|